“Jika ada hendak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya yang akan datang.” Itu mesej jelas dalam titah Seri Paduka yang Dipertuan Agong ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-15, pada Isnin. “Ingin saya tegaskan di sini, yang saya tidak akan melayan sebarang permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara. […]
Category Archives: FOKUS
YALA (Thailand) – Kira-kira 250 hingga 300 pasangan dari Malaysia hadir membuat pengesahan dokumen pernikahan mereka di pejabat Konsulat Jeneral Malaysia setiap bulan selepas berkahwin di Thailand. Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi, berkata kebanyakan pasangan ini adalah mereka yang berkahwin sama ada di Narathiwat, Pattani, Yala, Satun atau Songkhla. “Ada juga […]
MENTERI Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing zahirnya nampak seperti seorang ‘tough guy’. Mereka yang tidak mengenali Ahli Parlimen dari Bintulu,Sarawak ini dari dekat sudah tentu ada persepsi itu melihat pada gaya dan stailnya. Ingat balik bila beliau terjah Lapangan Terbang KLIA pada hujung Jun 2023 untuk tangani sendiri kes orang pelancong […]
Sehingga hari ini SPRM masih belum ada maklumat dimana menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan berada bagi hadapi pertuduhan di makhamah. Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki beritahu wartawan di Mersing pada Ahad pihaknya perlu menyemak perkembangan notis merah dikeluarkan Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Muhammad Adlan. Azam […]
Siapa agaknya empunya angkara…baru baru ini beredar gambar di media sosial konon keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad teruk sangat sedang dirawat di hospital. Gambar beliau pakai alat penafasan yang cetuskan desas desus itu nyata palsu. Hari ini Selasa…seorang jurucakap bekas Perdana Menteri hantar kepada media dua keping gambar terbaru beliau. Katanya Dr Mahathir kini […]
Siapa saja boleh naik bingung kalau ikuti ‘tembak menembak’ antara pimpinan Bersatu dengan enam Ahli Parlimen parti itu atau digelar ‘enam jahanam’ yang telah lompat sokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apakah riwayat politik mereka akan tamat bila parti gabungan Perikatan Nasional itu luluskan pindaan perlembagaan pada Perhimpunan Agung Khas 2 Mac ini? Kalau […]
Rafizi Ramli yang sedang berada di hospital setelah menjalani pembedahan tulang belakang pada Isnin menjawab cabaran seorang blogger yang guna nama samaran ‘Lim Sian See’ untuk berentapdalam podcast ‘Yang Bakar Menteri’. Katanya menerusi laman facebooknya selain Lim Sian Se beliau juga sedia berdepan dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zakarshi dan bekas Ahli […]
“Ini hang belajar dari mana?” “Dia orang tua, jadi kalau orang tua rompak boleh? Kalau orang tua rogol boleh? Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim usia dan pangkat tidak sepatutnya dijadikan alasan, untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat rasuah. Perdana Menteri membangkitkan hal ini ketika menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur dengan ‘perompak-perompak’ besar […]
Tun Daim Zainuddin yang didakwa di mahkamah pada 29 Januari lalu kerana gagal isytihar harta telah saman Ketua Persuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki. Tuntutan saman itu dibuat kerana antara lain mendakwa tindakan SPRM tidak berlandaskan prosedur. Beliau maklumkan hal ini ketika hadir sebagai tetamu pada sesi dialog ‘Integriti: Sejauh Mana Ketelusan Dinilai?’ yang disiarkan […]
Rasa macam tidak percaya…namun ini kisah benar. Siapa sangka ada orang boleh buat onar sampai begitu gara gara nak popular. Tidak silap ini kali pertama ada orang bikin ini macam. Harap harap ia berakhir di sini dan tidak pula ada yang nak tiru aksinya. Bayangkan jika sabit kesalahan dia boleh kena hukuman penjara maksimum 14 […]










