{"id":10079,"date":"2025-05-27T10:09:56","date_gmt":"2025-05-27T02:09:56","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10079"},"modified":"2025-05-27T12:29:57","modified_gmt":"2025-05-27T04:29:57","slug":"teka-teki-langkah-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10079","title":{"rendered":"Teka teki &#8216;Langkah Rafizi&#8217;\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>[KEMASKINI: RAFIZI PADA SELASA HADIR DI SIDANG ASEAN] <\/strong>Sekalipun diselubungi dengan kesibukan dan kemeriahan suasana Sidang Kemuncak ASEAN selama dua hari di ibunegara&#8230;namun dalam senario politik tempatan isu Datuk Seri Rafizi Ramli masih mencuri perhatian.<\/p>\n\n\n\n<p>Cakap cakap tentang &#8216;Langkah Rafizi&#8217; masih hangat berlegar lebih lebih lagi apabila beliau main aksi &#8216;menghilang diri&#8217; tidak hadiri hari akhir Kongres Nasional PKR di Johor Bharu Sabtu kelmarin.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini membuatkan kalangan perwakilan dalam dewan tercari cari kelibatnya.Beliau sepatutnya duduk diatas utama sebelah Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Rupanya beliau sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah pagi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terserah pada tafsiran masing masing mengapa Rafizi bertindak begitu.<\/p>\n\n\n\n<p>Tandatanya semasa paling hangat tentunya apakah beliau akan letak jawatan sebagai Menteri Ekonomi seperti yang ditegaskannya berkali kali jika gagal pertahan jawatan Timbalan Presiden PKR berdepan dengan Nurul Izah Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Ahad beliau hanya muncul dengan kenyataan ringkas di laman facebooknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara lain katanya ,&#8221; Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik &#8211; cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Ada pemerhati yang menilai kata kata itu membawa maksud beliau tidak akan meninggalkan parti PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Berdasarkan sejarah pertandingan jawatan yang sengit seperti Team A Dr Mahathir dan Team B Tengku Razaleigh UMNO pada 1987 hingga bawa kepada penubuhan Semangat 46 dan tindakan Team Mat Sabu keluar PAS tubuh Amanah pada 2015 selepas mereka kalah pemilihan parti&#8230; maka tidak menghairankan jika ada pihak yang membuat ramalan pada kemungkinan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Apapun semalam Isnin&#8230;Rafizi masuk kerja seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiausaha Akhbarnya, Farhan Iqbal dilaporkan kata Rafizi datang ke pejabat seperti kebiasaan tanpa sebarang perkara luar daripada rutin.<br><br><strong>Lebih menarik\u2026pada Selasa Rafizi menghadiri Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam &#8211; Indonesia &#8211; Malaysia &#8211; Filipina (BIMP &#8211; EAGA) ke-16 yang bermula pada jam 8 pagi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).<\/strong><\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"471\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Rafizi-ASEANxx.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10085\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Rafizi-ASEANxx.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Rafizi-ASEANxx-300x236.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/Rafizi-ASEANxx-150x118.jpg 150w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Hadir sama di majlis itu Anwar dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebaik tiba, beliau dilihat berjabat tangan dengan Perdana Menteri dan delegasi ASEAN yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemimpin lain yang hadir termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Presiden Filipina, Ferdinand Marcos dan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.<\/p>\n\n\n\n<p>Para pemimpin kemudian bergambar bersama sebelum sidang kemuncak bermula dan Anwar dilihat berdiri di sebelah Marcos dan Prabowo, manakala Rafizi berdiri di sebelah Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu ada yang kata jika nak hidu apa apa &#8216;Langkah Rafizi&#8217; salah satu caranya pantau dari gerak langkah dan kenyataan kalangan orang kuatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Salah seorang dari mereka tentunya Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Aminuddin Harun.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berjaya pertahan jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR kali ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ikut pandangannya beliau yakin Rafizi tidak akan bertindak terburu-buru termasuk keluar parti.<\/p>\n\n\n\n<p>Aminuddin percaya kekecewaan Rafizi dan penyokongnya tidak akan berpanjangan sehingga menjejaskan kestabilan parti dan yakin situasi dalam PKR akan kembali pulih.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya sebahagian daripada orang kuat Datuk Seri Rafizi dan saya yakin mereka akan mengambil masa sedikit untuk tenang dan memberikan sokongan semula kepada PKR,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berpendapat Rafizi dan penyokongnya cuma memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum bangkit semula bersama parti meneruskan perjuangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, perbezaan pendapat adalah perkara biasa dalam politik terutama dalam parti yang mengamalkan demokrasi seperti PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Walaupun pemilihan telah berakhir dua hari lalu namun isu Rafizi tewas masih terus diperdebatkan dan dibincangkan di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa perlu kita tangani secara matang dan terbuka,katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi yang diketahui umum orang kanan Rafizi yakni Nik Nazmi Nik Ahmad gagal pertahan jawatan Naib Presiden dan tewas sebagai ketua cabang Setiawangsa di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga ambil pendirian seperti Aminuddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Nik Nazmi seru anggota dan pemimpin parti mengetepikan segala bentuk perbezaan dan terus fokus kepada agenda untuk memartabat rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu turut kata akan terus berkhidmat kepada tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Keputusan kali ini bukanlah apa yang seperti kami harapkan. Kami telah berjuang habis-habisan dan saya amat menghargai dedikasi pasukan saya sepanjang kempen ini.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kini tibalah masanya untuk kita mengetepikan segala perbezaan dan bersama-sama memastikan KEADILAN keluar daripada ujian kuasa ini dengan idealismenya tetap utuh, membawa visi serta agenda untuk terus berkhidmat dan mengangkat martabat rakyat,&#8221;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga dalam Team Rafizi berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP).<\/p>\n\n\n\n<p>Inilah  orangnya yang berjaya tewaskan otai UMNO Tan Sri Shahril Samad di kerusi Parlimen Johor Bharu pada pilihanraya umum 2018.<br><br>Akmal gagal pertahan jawatan sebagai Ketua Cabang Johor Bharu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kita berdoa agar terus dikurniakan kekuatan untuk menempuh ujian kuasa yang begitu berat dan sukar ini,&#8221; katanya.- 27\/5\/2025 &#8211; <strong>OLEH HIEKAL ROSLI<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"[KEMASKINI: RAFIZI PADA SELASA HADIR DI SIDANG ASEAN] Sekalipun diselubungi dengan kesibukan dan kemeriahan suasana Sidang Kemuncak ASEAN selama dua hari di ibunegara&#8230;namun dalam senario politik tempatan isu Datuk Seri Rafizi Ramli masih mencuri perhatian. Cakap cakap tentang &#8216;Langkah Rafizi&#8217; masih hangat berlegar lebih lebih lagi apabila beliau main aksi &#8216;menghilang diri&#8217; tidak hadiri hari [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10080,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-10079","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10079","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10079"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10079\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10090,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10079\/revisions\/10090"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10079"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10079"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10079"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}