{"id":10218,"date":"2025-05-31T19:04:13","date_gmt":"2025-05-31T11:04:13","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10218"},"modified":"2025-05-31T19:12:57","modified_gmt":"2025-05-31T11:12:57","slug":"malaysia-ketuai-deklarasi-kuala-lumpur-untuk-persekitaran-digital-yang-selamat-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10218","title":{"rendered":"Malaysia ketuai Deklarasi Kuala Lumpur untuk persekitaran digital yang selamat &#8211; Fahmi"},"content":{"rendered":"\n<p>Komitmen kuat Malaysia untuk mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan dipercayai bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan untuk melindungi kepentingan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya di Mesyuarat Menteri-Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) di Tokyo, menegaskan kemajuan teknologi digital yang pesat membawa banyak manfaat, namun turut mendedahkan masyarakat kepada risiko baharu yang semakin kompleks.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam dunia yang semakin saling terhubung, kebergantungan kita kepada teknologi digital meningkat dengan pesat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun ia membuka pelbagai peluang, ia juga membawa cabaran keselamatan yang memerlukan perhatian serius,\u201d kata beliau dalam ucapan pada Sesi 4 bertajuk: Secure and Trusted Digital Environment.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Fahmi, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia mengetuai penggubalan Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai Penggunaan Platform Media Sosial Secara Selamat dan Bertanggungjawab yang telah disokong dalam Persidangan Menteri-Menteri ASEAN Bertanggungjawab ke atas Maklumat (AMRI) ke-17 dan bakal dimuktamadkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 Oktober ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10220\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-696x464.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-1068x712.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo-1920x1280.jpg 1920w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi1tokyo.jpg 2048w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia turut mencadangkan pembangunan Toolkit ASEAN untuk Keselamatan Dalam Talian, yang bakal menjadi rujukan kolektif berkongsi amalan terbaik dan sumber praktikal dalam menangani cabaran keselamatan digital serantau,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya antara inisiatif utama Malaysia dalam menangani isu keselamatan digital ialah pelaksanaan Kempen Keselamatan Internet secara nasional yang memberi tumpuan kepada isu seperti penipuan dalam talian, perjudian siber, buli siber, bahan eksploitasi seksual kanak-kanak dan penyalahgunaan media sosial oleh kanak-kanak bawah 13 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Kempen itu turut diperluas melalui Jelajah Keselamatan Internet 2025, yang dilancarkan pada Januari lalu dan menampilkan sesi interaktif serta forum bersama pelajar dan masyarakat umum.<\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, kerajaan turut memperkenalkan Kerangka Peraturan bagi Penyedia Perkhidmatan Mesej Internet dan Media Sosial yang mewajibkan semua platform dengan lapan juta pengguna atau lebih di Malaysia untuk memohon Lesen Kelas Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLangkah ini adalah untuk memastikan platform-platform besar mematuhi undang-undang tempatan dan bertanggungjawab menguruskan kandungan berbahaya,\u201d jelas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi, Malaysia juga telah menerbitkan Kod Tingkah Laku (Amalan Terbaik) pada 20 Disember 2024 bagi menggalakkan amalan etika dan kebertanggungjawaban dalam kalangan penyedia perkhidmatan seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, X (dahulunya Twitter) dan TikTok.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"625\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi-tokyo2.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10221\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi-tokyo2.jpg 1000w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi-tokyo2-300x188.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi-tokyo2-768x480.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi-tokyo2-150x94.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/fahmi-tokyo2-696x435.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Bagi menangani penyebaran maklumat palsu pula, Fahmi memberitahu kerajaan menubuhkan portal Sebenarnya.my yang kini mencatat purata 2.2 juta capaian bulanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif ini diperhebat dengan pelancaran AIFA Chatbot, yang membolehkan pengguna menyemak kesahihan berita secara langsung melalui WhatsApp dan laman web.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehingga 31 Mac 2025, AIFA telah memproses lebih 84,000 mesej dengan purata 1,338 mesej sehari,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menegaskan komitmen Malaysia untuk terus bekerjasama dengan rakan serantau dalam membina ekosistem digital yang selamat, inklusif dan boleh dipercayai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui kerjasama, kepercayaan bersama dan pembinaan keupayaan berterusan, kita mampu memastikan tiada siapa yang tercicir dalam era digital ini,\u201d katanya.-31\/5\/2025 OLEH AHMAD SYAUQI ABDUL RAZAK<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Komitmen kuat Malaysia untuk mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan dipercayai bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan untuk melindungi kepentingan negara, kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam ucapannya di Mesyuarat Menteri-Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) di Tokyo, menegaskan kemajuan teknologi digital yang pesat membawa banyak manfaat, namun turut mendedahkan masyarakat [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10219,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-10218","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10218","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10218"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10218\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10222,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10218\/revisions\/10222"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10219"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10218"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10218"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10218"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}