{"id":10245,"date":"2025-06-01T22:09:51","date_gmt":"2025-06-01T14:09:51","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10245"},"modified":"2025-06-01T22:09:53","modified_gmt":"2025-06-01T14:09:53","slug":"mara-henti-penghantaran-pelajar-ke-as-tukar-haluan-ke-negara-lain-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10245","title":{"rendered":"MARA henti penghantaran pelajar ke AS, tukar haluan ke negara lain \u2013 Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke Amerika Syarikat (AS) mulai tahun ini susulan pengenalan polisi dan dasar baharu Presiden Donald Trump.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya telah memulakan perbincangan dengan pelajar di kolej persediaan ke negara \u2018Uncle Sam\u2019 itu untuk menyambung pengajian ke tempat lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, kita akan hantar mereka menyambung pengajian dalam bidang serupa dengan apa yang kita fokuskan di AS termasuk ke United Kingdom, New Zealand dan juga Australia, malah Jepun dan juga China.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKos ke negara-negara ini juga lebih murah daripada AS,\u201d katanya dalam sidang media di London pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berada di United Kingdom bagi mengadakan pertemuan strategik bersama pengurusan tertinggi dan profesor kanan terkemuka di Universiti Cambridge, London.<\/p>\n\n\n\n<p>Pertemuan itu antara lain bertujuan meneroka potensi kerjasama MARA-Cambridge yang mampu melonjakkan lagi kualiti pendidikan dan pembangunan modal insan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Asyraf Wajdi berkata MARA turut berbincang dengan 266 pelajar tajaannya di AS agar mereka dapat menyambung pengajian di negara lain yang menawarkan bidang serupa.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini termasuk bidang sains komputer, kejuruteraan serta teknologi tinggi seperti robotik dan kecerdasan buatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila Trump membuat pelbagai polisi baharu sekarang ini, kita sudah tentu meneliti secara serius dan kita memfokuskan juga pelajar-pelajar yang sedang berada di AS, sejauh mana ia akan menjejaskan pelajaran mereka di sana termasuk peningkatan kos sara hidup,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, pentadbiran Trump mengeluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing dan mempertimbangkan langkah untuk menyaring pemohon baharu berdasarkan hantaran media sosial mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u2014 BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke Amerika Syarikat (AS) mulai tahun ini susulan pengenalan polisi dan dasar baharu Presiden Donald Trump. Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pihaknya telah memulakan perbincangan dengan pelajar di kolej persediaan ke negara \u2018Uncle Sam\u2019 itu untuk menyambung pengajian ke tempat lain. \u201cJadi, kita [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10246,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-10245","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10245","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10245"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10245\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10247,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10245\/revisions\/10247"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10246"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10245"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10245"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10245"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}