{"id":10444,"date":"2025-06-12T06:55:35","date_gmt":"2025-06-11T22:55:35","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10444"},"modified":"2025-06-12T06:55:36","modified_gmt":"2025-06-11T22:55:36","slug":"marsha-dan-dolla-wakili-malaysia-dalam-asean-korea-music-festival","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10444","title":{"rendered":"Marsha dan Dolla wakili Malaysia dalam ASEAN-Korea Music Festival"},"content":{"rendered":"\n<p>Dua artis popular tanah air, Marsha Milan Londoh dan kumpulan Dolla, dipilih mewakili Malaysia pada acara ASEAN-Korea Music Festival (Round 2025) yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 21 dan 22 Jun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata kedua-dua artis itu dipilih kerana mereka membawakan keunikan tersendiri mewakili gabungan tradisi dan kontemporari, selaras dengan matlamat festival untuk memperkukuh diplomasi budaya dan merapatkan hubungan ASEAN-Korea melalui seni.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMarsha Milan diiktiraf sebagai penyanyi dengan vokal bertenaga yang berlatarbelakangkan etnik Kadazan Dusun sekali gus menonjolkan kepelbagaian budaya Malaysia serta budaya komuniti etnik sebagai sebahagian daripada identiti nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDolla pula merupakan girl group Malaysia yang terkenal dengan konsep muzik moden dan gaya persembahan setanding artis K-pop, mempunyai pengikut media sosial yang besar dan peminat di luar negara, menjadikan mereka aset penting dalam strategi diplomasi budaya digital Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Hello ASEAN di Wisma Bernama, di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Shaharuddin berkata festival itu adalah sebahagian daripada usaha strategik Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk memperkukuh kerjasama sosial budaya serantau, mempromosikan pelancongan budaya dan warisan serta menyokong pertumbuhan ekonomi kreatif negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInisiatif budaya seperti festival ini membuktikan seni dan budaya mampu menjadi jambatan yang menyatukan negara serantau ke arah perpaduan, kestabilan dan kemakmuran bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFestival ini bukan sahaja melibatkan persembahan hiburan, tetapi turut merangkumi peluang jaringan industri dan pertukaran seni, selaras dengan usaha ASEAN untuk memupuk identiti serantau yang kukuh melalui platform kebudayaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain Marsha Milan dan Dolla, festival ini juga bakal menampilkan barisan artis dari negara ASEAN, iaitu He\u2019 Lay (Myanmar), 1st One (Filipina), Minh Toc &amp; Lam (Vietnam), Thay Champasak (Laos), Yung Raja (Singapura), The Pujanggas (Brunei), Retrospect (Thailand), Tep Boprek (Kemboja), Yan Josua (Indonesia), serta Dragon Pony, Paul Kim dan Touched dari Korea Selatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Shaharuddin berharap festival ini bukan sekadar menjadi platform hiburan dan persembahan seni, tetapi juga simbol kerjasama erat antara negara ASEAN dengan Korea dalam bidang seni, budaya, pelancongan dan ekonomi kreatif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFestival ini juga diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia pada tahun-tahun mendatang, sejajar dengan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami melihat festival ini sebagai peluang untuk mempromosikan produk pelancongan budaya dan warisan Malaysia secara lebih meluas, termasuk kepada pasaran antarabangsa yang seterusnya akan memberikan kesan positif kepada ekonomi negara,\u201d katanya.-12\/6\/2025<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dua artis popular tanah air, Marsha Milan Londoh dan kumpulan Dolla, dipilih mewakili Malaysia pada acara ASEAN-Korea Music Festival (Round 2025) yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, pada 21 dan 22 Jun ini. Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata kedua-dua artis itu dipilih kerana mereka membawakan keunikan tersendiri [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10445,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[105],"tags":[],"class_list":["post-10444","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-kembara"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10444","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10444"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10444\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10446,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10444\/revisions\/10446"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10445"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10444"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10444"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10444"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}