{"id":10583,"date":"2025-06-16T06:04:00","date_gmt":"2025-06-15T22:04:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10583"},"modified":"2025-06-16T07:05:34","modified_gmt":"2025-06-15T23:05:34","slug":"maklumat-dasar-kerajaan-perlu-sampai-ke-komuniti-madani-dalam-masa-24-jam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10583","title":{"rendered":"Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke Komuniti MADANI dalam masa 24 jam"},"content":{"rendered":"\n<p>Jabatan Penerangan (JaPen) perlu menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar penting kerajaan kepada Komuniti MADANI dalam tempoh 24 jam selepas ia diumumkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan supaya kesemua 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara mendapat maklumat tepat, sahih dan pantas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi tugas yang saya berikan kepada Jabatan Penerangan adalah untuk pastikan kumpulan Komuniti MADANI ini menjadi kumpulan pertama mendapat maklumat tepat tentang satu-satu dasar yang telah diumumkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang kerjanya berat, tetapi inilah fungsi dan tugas kita (JaPen) ke depan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata terdapat banyak ruang untuk JaPen menambah baik penyampaian maklumat kepada rakyat dan perkara itu sudah beliau bincangkan dengan pihak pengurusan agensi berkenaan mengenai mekanisme terbaik yang akan dilaksanakan seawal minggu depan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya rasa pasukan PPD (Pejabat Penerangan Daerah) sudah pasti akan laksanakan tugas dengan baik\u2026 Kita semua perlu berusaha dengan gigih untuk pastikan Komuniti MADANI di bawah jagaan kita sentiasa mendapat maklumat yang tepat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu Fahmi menyantuni hampir 150 orang ahli Komuniti MADANI dari Perak dan Pulau Pinang sempena program anjuran JaPen itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu JaPen dalam kenyataan memaklumkan penganjuran ASAS kali ini memberi fokus kepada pengaktifan media sosial dalam kalangan Komuniti MADANI bagi menyebarkan maklumat kerajaan yang sahih dan terkini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni (fokus tersebut) bertujuan menjadikan media sosial sebagai alat strategik untuk menangkis naratif palsu dan tidak benar yang boleh menggugat keharmonian masyarakat dan kestabilan negara,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>JaPen memaklumkan sehingga kini 373 video pendek yang menjelaskan pelbagai isu semasa telah dimuat naik oleh Komuniti MADANI di pelbagai platform media sosial sebagai sebahagian daripada usaha memperluas capaian maklumat sahih kepada masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Berkonsepkan Training of Trainers (ToT), menurut JaPen Modul ASAS dibangunkan untuk memastikan ahli Komuniti MADANI berupaya berperanan sebagai Key Opinion Leaders (KOL) di peringkat komuniti masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni termasuk kemampuan untuk menyampaikan penjelasan tentang isu semasa melalui media sosial secara berkesan dan selari dengan landskap komunikasi digital kini,\u201d menurut kenyataan itu.-16\/6\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Penerangan (JaPen) perlu menyampaikan maklumat berkaitan dasar-dasar penting kerajaan kepada Komuniti MADANI dalam tempoh 24 jam selepas ia diumumkan, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan supaya kesemua 1,878 Komuniti MADANI di seluruh negara mendapat maklumat tepat, sahih dan pantas. \u201cJadi tugas yang saya berikan kepada Jabatan Penerangan adalah [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10584,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-10583","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10583","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10583"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10583\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10587,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10583\/revisions\/10587"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10584"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10583"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10583"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10583"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}