{"id":10588,"date":"2025-06-16T07:23:05","date_gmt":"2025-06-15T23:23:05","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10588"},"modified":"2025-06-16T07:23:06","modified_gmt":"2025-06-15T23:23:06","slug":"malaysia-pertahan-hak-iran-untuk-balas-serangan-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10588","title":{"rendered":"Malaysia pertahan hak Iran untuk balas serangan Israel"},"content":{"rendered":"\n<p>Malaysia mempertahankan hak kedaulatan setiap negara termasuk Iran yang diserang Israel baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, bersama dengan Iran dalam mempertahan hak serta maruah negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebab itu saya beritahu kawan-kawan saya dalam Jemaah Menteri, Malaysia ini biarlah ada keupayaan. Kita negara merdeka, kita berdaulat dan kita mesti pertahankan hak sahabat-sahabat kita termasuk Iran yang telah dizalimi, dan kita pertahankan hak Iran untuk serang balas mempertahankan maruah negara mereka,\u201d katanya pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Jumaat lepas Israel melancarkan beberapa siri serangan terhadap wilayah Iran yang mengorbankan beberapa pegawai kanan tentera dan saintis negara itu, dan sebagai tindak balas, Iran melancarkan peluru berpandu balistik ke beberapa lokasi di Israel, mengakibatkan beberapa kematian dan kecederaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut laporan agensi berita Tasnim yang dipetik oleh Anadolu Ajansi (AA), pada awal pagi Ahad Israel sekali lagi menyerang ibu pejabat Kementerian Pertahanan Iran di Tehran.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"684\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-1024x684.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-10590\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-1024x684.webp 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-300x201.webp 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-768x513.webp 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-150x100.webp 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-696x465.webp 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang-1068x714.webp 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang.webp 1200w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Anwar turut menyentuh ketahanan Iran yang membina keupayaan sendiri dalam pelbagai aspek termasuk ketenteraan, walaupun berdepan dengan sekatan ekonomi berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIran buat penyelidikan, disiplinkan anak-anak mereka untuk belajar kecerdasan buatan (disebabkan banyak pihak) yang tak bagi kerjasama\u2026 tapi dia mampu belajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalah misil anti-ballistic Iran boleh sampai ke Tel Aviv untuk serang balas (terhadap Israel),\u201d kata Perdana Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut mengkritik pendirian kebanyakan negara Eropah yang tidak bersetuju dengan tindakan Iran menyerang balas Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBanyak negara-negara Eropah serang (kritik) dan marah Iran. Bila Israel serang, kamu (negara-negara Eropah) diam\u2026. Alhamdulillah pimpinan Kerajaan MADANI ini tetap berpegang kepada prinsip membela hak dan pertahankan hak semua negara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad meramalkan bahawa Israel dan Iran akan mencapai perdamaian \u201cdalam masa terdekat\u201d dan banyak pertemuan sedang diadakan ke arah itu, lapor Anadolu Ajansi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIran dan Israel sepatutnya membuat perjanjian, dan mereka akan buat perjanjian,\u201d kata Trump di platform Truth Social.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"639\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang3.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-10591\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang3.webp 960w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang3-300x200.webp 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang3-768x511.webp 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang3-150x100.webp 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/iranserang3-696x463.webp 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika Israel dan Iran saling melancarkan serangan baharu pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Konflik tercetus pada awal Jumaat apabila Israel menyerang kemudahan ketenteraan dan nuklear Iran, mengorbankan ramai pegawai kanan dan saintisnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita akan capai PERDAMAIAN, tidak lama lagi, antara Israel dan Iran! Banyak panggilan dan pertemuan sedang berlangsung sekarang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Trump turut mendakwa bahawa beliau \u201ctidak pernah diberi penghargaan atas apa-apa,\u201d namun menambah, \u201ctak mengapa, RAKYAT faham. JADIKAN TIMUR TENGAH HEBAT SEMULA!\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Beberapa letupan kedengaran di beberapa kawasan di ibu negara Iran, Tehran, pada Ahad di tengah laporan mengenai serangan udara baharu oleh Israel, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Video yang tular di media sosial menunjukkan asap tebal dari Lapangan Terbang Mehrabad.<\/p>\n\n\n\n<p>Tiada sebarang kenyataan segera daripada pihak berkuasa Iran berhubung laporan itu.-16\/6\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia mempertahankan hak kedaulatan setiap negara termasuk Iran yang diserang Israel baru-baru ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat, bersama dengan Iran dalam mempertahan hak serta maruah negara. \u201cSebab itu saya beritahu kawan-kawan saya dalam Jemaah Menteri, Malaysia ini biarlah ada keupayaan. Kita negara merdeka, kita berdaulat [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10589,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-10588","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10588","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10588"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10588\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10593,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10588\/revisions\/10593"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10589"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10588"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10588"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10588"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}