{"id":10681,"date":"2025-06-19T07:15:56","date_gmt":"2025-06-18T23:15:56","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10681"},"modified":"2025-06-19T07:15:58","modified_gmt":"2025-06-18T23:15:58","slug":"masalah-dadah-vape-dalam-kalangan-belia-melayu-membimbangkan-tangani-segera-pm-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10681","title":{"rendered":"Masalah dadah, vape dalam kalangan belia Melayu membimbangkan\u2026 tangani segera &#8211; PM Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu pada tahap membimbangkan dan perlu ditangani segera kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata situasi itu kian membarah dan memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan termasuk kaunseling dan dakwah.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang mencerminkan tahap keseriusan ancaman tersebut terhadap masa depan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTolonglah bincang, carilah jalan, kaedah mana, apa keperluan yang diperlukan. Adakah perlu kaunseling\u2026 perlu dakwah\u2026 kerana puluh tahun belum selesai,\u201d katanya ketika berucap di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertemakan \u2018Guru Pemangkin Patriotisme Negara\u2019 di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata gelaja itu turut melibatkan kaum lain namun statistik menunjukkan ia lebih parah dalam kalangan anak Melayu seterusnya menuntut kerajaan dan masyarakat melakukan sesuatu secara kolektif serta menyeluruh agar gejala yang memusnahkan masa depan generasi muda dapat dibendung.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"667\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/anwar-guru.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-10682\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/anwar-guru.jpg 1000w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/anwar-guru-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/anwar-guru-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/anwar-guru-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/anwar-guru-696x464.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, yang merupakan mentor kepada Perdana Menteri, turut hadir sebagai panel jemputan khas.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Datuk Dr Roslan Hussin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar juga berkata isu sosial seperti dadah dan rasuah yang mencemarkan negara mendorong beliau untuk mengambil pendirian tegas dalam pentadbiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media pascamesyuarat Kabinet hari ini memaklumkan satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah menangani penjualan bahan terlarang termasuk cecair vape yang mengandungi dadah dan dijual secara dalam talian.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan hasil perbincangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri bagi tindakan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Seminar itu, yang bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik selain memperkukuh kefahaman mereka terhadap dasar kerajaan khususnya Malaysia MADANI, menghimpunkan lebih 1,000 pendidik dari sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bakal guru.<\/p>\n\n\n\n<p>Objektif utama seminar ialah membentuk warga pendidik yang memahami dan menghayati peranan serta tanggungjawab mereka dalam usaha membina negara bangsa yang holistik.-19\/6\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu pada tahap membimbangkan dan perlu ditangani segera kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata situasi itu kian membarah dan memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan termasuk kaunseling dan dakwah. Perdana Menteri berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8182,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-10681","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10681","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10681"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10681\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10683,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10681\/revisions\/10683"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/8182"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10681"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10681"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10681"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}