{"id":10779,"date":"2025-06-23T22:48:35","date_gmt":"2025-06-23T14:48:35","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10779"},"modified":"2025-06-23T22:48:38","modified_gmt":"2025-06-23T14:48:38","slug":"kejayaan-mcmc-dan-pdrm-banteras-jenayah-eksploitasi-seksual-kanak-kanak-dalam-talian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10779","title":{"rendered":"Kejayaan MCMC dan PDRM banteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian\u2026dari Januari hingga 15 Jun 2025, sebanyak 1,501 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari jumlah itu 94 peratus (1,415 kandungan) berjaya diturunkan hasil kerjasama dengan penyedia platform digital dan aduan awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini diberitahu alam kenyataan bersama MCMC dan PDRM pada Isnin.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya hasil dari pemantauan harian dan operasi seperti \u2018Op Pedo\u2019 yang dilaksanakan pada Disember 2024 turut membawa kepada penahanan 13 individu dan rampasan lebih 40,000 bahan CSAM dari beberapa negeri.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai pendekatan menyeluruh, MCMC turut mempergiatkan usaha kesedaran menerusi Kempen Internet Selamat (KIS) yang memfokuskan kalangan pelajar, ibu bapa dan juga komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, salah satu objektif kempen ini menekankan larangan pemilikan akaun sosial media oleh kanak-kanak yang berumur 13 tahun dan ke bawah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMCMC dan PDRM menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, pendidik, pemimpin komuniti, pemilik platform dan pengguna Internet agar bersama membanteras eksploitasi seksual kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap laporan awam akan membantu siasatan dan mencegah lebih banyak penganiayaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu mengingatkan tindakan menyebar, menyimpan atau mengkomersialkan kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak merupakan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda hingga RM1 juta, penjara lima tahun atau kedua-duanya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, perbuatan menghasilkan, menyebar, berkongsi, menjual, membeli, membuat capaian dan memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak juga merupakan kesalahan jenayah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5 hingga 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSegera laporkan sebarang aktiviti dalam talian yang mencurigakan kepada MCMC melalui e-mel di aduanskmm@mcmc.gov.my, portal<br>https:\/\/aduan.mcmc.gov.my, atau terus ke balai polis berhampiran,\u201d katanya lagi.- 23\/6\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ekoran usaha Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras jenayah eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian\u2026dari Januari hingga 15 Jun 2025, sebanyak 1,501 kandungan jelik melibatkan kanak-kanak dikenal pasti. Dari jumlah itu 94 peratus (1,415 kandungan) berjaya diturunkan hasil kerjasama dengan penyedia platform digital dan aduan awam. Hal ini diberitahu alam [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10780,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-10779","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10779","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10779"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10779\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10781,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10779\/revisions\/10781"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10780"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10779"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10779"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10779"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}