{"id":10875,"date":"2025-06-26T13:13:01","date_gmt":"2025-06-26T05:13:01","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=10875"},"modified":"2025-06-26T13:13:36","modified_gmt":"2025-06-26T05:13:36","slug":"epal-dan-oren-dikecualikan-daripada-perluasan-sst-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=10875","title":{"rendered":"Epal dan oren dikecualikan daripada perluasan SST \u2013 Anwar"},"content":{"rendered":"\n<p>Buah epal dan oren import dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Masih ada orang mengeluh, katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Orang dulu kata \u2018An apple a day, keeps the doctor away&#8217; tak betul itu, &#8216;a banana&#8217; sebenarnya, sebab pisang mempunyai potasium tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jadi semalam kita (putuskan) beri kelonggaran import buah-buahan memang ada sedikit cukai tetapi dikecualikan epal dan oren,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota MADANI di Presint 19, Putrajaya, pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan, manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.<\/p>\n\n\n\n<p>Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Presiden Persatuan Pemborong Buah-buahan Kuala Lumpur, Chin Nyuk Moy berkata, pelaksanaan SST ke atas semua buah-buahan import itu jelas akan menyebabkan peningkatan harga yang lebih ketara.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, epal, oren dan anggur tidak sewajarnya dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak lima peratus berikutan ia bukan makanan &#8216;kayangan&#8217;.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikutan itu kerajaan diminta mengkaji semula perluasan pelaksanaan SST ke atas semua buah-buahan import yang dijadual berkuat kuasa mulai 1 Julai ini kerana akan memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.-26\/6\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Buah epal dan oren import dikecualikan daripada perluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan bermula 1 Julai depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dibincangkan dan diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam. &#8220;Masih ada orang mengeluh, katanya orang kampung, orang miskin hendak juga makan epal. &#8220;Orang dulu kata \u2018An apple a<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10877,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-10875","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10875","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=10875"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10875\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10878,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/10875\/revisions\/10878"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/10877"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=10875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=10875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=10875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}