{"id":11010,"date":"2025-07-02T07:32:05","date_gmt":"2025-07-01T23:32:05","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=11010"},"modified":"2025-07-02T07:33:55","modified_gmt":"2025-07-01T23:33:55","slug":"kerjasama-mcmc-dan-llm-berdasarkan-di-mana-ada-jalan-di-situ-ada-internet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=11010","title":{"rendered":"Kerjasama MCMC dan LLM berdasarkan &#8216;di mana ada jalan, di situ ada internet&#8217;"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya dan jalan utama yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung, di bawah inisiatif kerajaan \u201cDi Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan sedang berjalan namun lokasi-lokasi spesifik masih belum dikenal pasti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarapan saya ialah lokasi-lokasi ini dapat dimasukkan dalam Fasa 2 inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela), memandangkan kebanyakan kawasan tersebut mungkin memerlukan pembinaan menara telekomunikasi,\u201d katanya kepada pemberita semasa pelancaran Menara (MOCN) 4G enam hala YES di Tanjung Asam, Gertak Sanggul.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek tersebut merupakan kerjasama antara YTL Communications Sdn Bhd serta Konsortium Jaringan Selangor (KJS) yang dijangka memberi manfaat kepada 500 penduduk serta 350 pengguna jalan raya harian termasuk kampung-kampung nelayan berdekatan dan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ia juga dijangka merangsang aktiviti ekonomi di Gertak Sanggul, sebuah destinasi pelancongan popular di pantai selatan Pulau Pinang.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img fetchpriority=\"high\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"682\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-1024x682.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11014\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-1024x682.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-1536x1023.jpg 1536w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-150x100.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-696x464.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-1068x711.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n-1920x1279.jpg 1920w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/514373042_1339885357499942_4385706778157154329_n.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, menara tersebut akan memudahkan komunikasi antara penduduk tempatan, pelancong dan pihak berkuasa \u2013 yang berpotensi menyelamatkan nyawa memandangkan kejadian lemas yang pernah berlaku di kawasan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Fahmi, projek ini adalah sebahagian daripada kerjasama MCMC dengan pemain industri di bawah Kerangka Perkongsian Infrastruktur Rangkaian (NISF), di mana semua syarikat telekomunikasi boleh berkongsi satu menara untuk mengatasi jurang liputan di kawasan yang kurang penduduk tetapi mempunyai kepentingan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek menara telekomunikasi yang serupa telah pun dilaksanakan di seluruh negara, termasuk dua menara di Bukit Putus, Negeri Sembilan; satu di PR1MA Gambang, Pahang dan satu lagi di sepanjang Lebuhraya Pantai Barat di Banting, Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKaedah perkongsian menara ini sesuai untuk kawasan yang berpenduduk rendah tetapi penting dari segi ekonomi,\u201d tambahnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berasingan, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata MCMC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk melaksanakan aplikasi Nexus, yang dibangunkan oleh suruhanjaya tersebut bagi mendapatkan data masa nyata mengenai sambungan internet di kawasan tertentu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMCMC akan dapat mengambil tindakan yang lebih menyeluruh dan berasaskan data. Kita tidak perlu lagi menunggu aduan pengguna, sebaliknya boleh secara proaktif mengarahkan syarikat telekomunikasi untuk menyelesaikan masalah (sambungan),\u201d katanya.-2\/7\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk mengenal pasti hampir 50 kilometer jajaran lebuh raya dan jalan utama yang tidak mempunyai liputan telekomunikasi langsung, di bawah inisiatif kerajaan \u201cDi Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet\u201d. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata perbincangan sedang berjalan namun lokasi-lokasi spesifik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11011,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-11010","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11010","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11010"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11010\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11016,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11010\/revisions\/11016"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11011"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11010"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11010"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11010"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}