{"id":11074,"date":"2025-07-04T06:16:52","date_gmt":"2025-07-03T22:16:52","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=11074"},"modified":"2025-07-04T06:17:35","modified_gmt":"2025-07-03T22:17:35","slug":"33-tahun-menanti-pahit-getir-kemenangan-emas-piala-thomas-1992-difilemkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=11074","title":{"rendered":"Selepas 33 tahun, pahit getir kemenangan emas Piala Thomas 1992 difilemkan"},"content":{"rendered":"\n<p>Lebih tiga dekad sejarah membanggakan Malaysia tercipta, detik gemilang skuad badminton lelaki menjuarai Piala Thomas 1992 akhirnya diangkat ke layar perak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pembikinan filem bertajuk Sentuhan Wira itu dilancarkan secara rasmi oleh penerbit Victory Pictures Sdn Bhd di sini semalam, serentak dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pihak-pihak berkenaan yang disaksikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Datuk Gerald Hans Isaac.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi MoU tersebut, dua legenda badminton negara Datuk Rashid Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit yang juga tonggak skuad negara ketika itu, dilantik sebagai penasihat produksi selain terlibat secara langsung dalam pembangunan skrip bagi memastikan ketepatan fakta serta perjuangan sebenar disampaikan kepada penonton.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-11076\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-300x169.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-768x432.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-150x84.jpg 150w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-696x392.jpg 696w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA-1068x601.jpg 1068w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/07\/sENTUHAN_WIRA.jpg 1200w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Rashid berkata filem itu bukan sekadar tentang badminton tetapi sebuah naskhah sinematik yang menyentuh perjuangan, kepercayaan dan kebanggaan sebagai rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyifatkan penerbitan filem berkenaan sebagai platform penting untuk menceritakan pengalaman pemain terdahulu kepada generasi sekarang, selain menonjolkan semangat perpaduan yang wujud dalam pasukan negara ketika itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami mahu generasi sekarang ini dapat rasa pengalaman kami sebagai pemain dan melihat perpaduan serta semangat patriotik yang tinggi antara kami. Walaupun kami daripada kaum berbeza, masih tetap berjaya untuk satu tujuan,\u201d katanya kepada pemberita selepas MoU filem berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYa, kita dah lama, dah 33 tahun tak dapat (Piala Thomas). Jadi, dengan terbitnya filem ini, (diharap dapat) menaikkan semangat pemain-pemain yang sedia ada supaya mereka lebih bersemangat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang lebih penting ialah semangat patriotik itu, bukannya semangat individu\u2026 semangat patriotik untuk mengharumkan nama negara,\u201d katanya, menambah pada ketika itu mereka mengutamakan nama negara berbanding kepentingan peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, pengarah filem Sentuhan Wira, Lenny Ooi berkata beliau bakal menampilkan gaya pengarahan aksi dengan penggambaran menitikberatkan aspek realisme dalam babak latihan serta perlawanan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelakon yang dipilih juga perlu pandai main badminton, kalau tidak akan nampak kaku,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata filem itu akan memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini dan dijangka menemui penonton awal 2027. -4\/7\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lebih tiga dekad sejarah membanggakan Malaysia tercipta, detik gemilang skuad badminton lelaki menjuarai Piala Thomas 1992 akhirnya diangkat ke layar perak. Pembikinan filem bertajuk Sentuhan Wira itu dilancarkan secara rasmi oleh penerbit Victory Pictures Sdn Bhd di sini semalam, serentak dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara pihak-pihak berkenaan yang disaksikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11075,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-11074","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11074","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11074"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11074\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11080,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11074\/revisions\/11080"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11075"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11074"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11074"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11074"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}