{"id":11216,"date":"2025-07-09T10:26:58","date_gmt":"2025-07-09T02:26:58","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=11216"},"modified":"2025-07-09T19:04:41","modified_gmt":"2025-07-09T11:04:41","slug":"trump-ugut-anggota-brics-tarif-naik-lagi-10-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=11216","title":{"rendered":"Trump ugut anggota BRICS dengan tarif lebih tinggi&#8230; dakwa jadi ancaman penguasaan dolar Amerika"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Selasa mengumumkan pentadbirannya akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas semua negara anggota BRICS dan menyatakan langkah itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam satu mesyuarat Kabinet di White House, Trump berkata: \u201cMana-mana negara dalam BRICS akan dikenakan caj 10 peratus tidak lama lagi. Jika mereka ahli BRICS, mereka perlu bayar tarif ini\u2026 dan mereka mungkin tidak kekal lama sebagai ahli.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu mencetuskan reaksi segera daripada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, yang menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak BRICS tahun ini di Rio de Janeiro.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami tidak terima sebarang aduan atau tekanan berhubung sidang BRICS. Kami tidak bersetuju dengan Presiden AS yang mengisyaratkan akan mengenakan tarif ke atas negara-negara BRICS,\u201d tegas Lula pada sidang media di Brasilia, Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Gabungan BRICS yang pada asalnya dianggotai Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, kini turut disertai negara baharu seperti Iran dan Indonesia selepas diperluas pada tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sidang kemuncak terkini, para pemimpin BRICS menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p>Trump, yang semakin lantang sejak kembali ke tampuk kuasa menuduh BRICS ditubuhkan untuk \u201cmelemahkan kedudukan dolar AS sebagai mata wang rizab dunia\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBRICS diwujudkan untuk jatuhkan dolar kita dan menyingkirkan dolar daripada peranan standard dunia. Kalau itu permainan mereka, saya juga boleh main permainan itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Trump turut menyifatkan sebarang kehilangan status mata wang rizab dunia bagi dolar AS sebagai satu bencana geopolitik besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKehilangan status dolar sebagai rizab dunia sama seperti kalah dalam peperangan besar. Negara ini tidak akan sama lagi selepas itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun belum menetapkan tarikh pelaksanaan tarif tersebut, sumber rapat dengan pentadbiran Trump memaklumkan, tindakan itu hanya akan diambil sekiranya negara-negara BRICS mengamalkan dasar yang dianggap \u201canti-Amerika.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Trump turut mendakwa tanpa bukti bahawa kenyataan bersama pemimpin BRICS yang dikeluarkan Ahad lalu sebagai bukti mereka sedang menyasarkan kepentingan AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Brazil pada Februari lalu telah menarik balik cadangan untuk membentuk mata wang bersama BRICS, sekali gus meredakan sedikit kebimbangan di Washington. -9\/7\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Selasa mengumumkan pentadbirannya akan mengenakan tarif 10 peratus ke atas semua negara anggota BRICS dan menyatakan langkah itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Dalam satu mesyuarat Kabinet di White House, Trump berkata: \u201cMana-mana negara dalam BRICS akan dikenakan caj 10 peratus tidak lama lagi. Jika mereka ahli BRICS, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11217,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-11216","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11216","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11216"}],"version-history":[{"count":6,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11216\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11239,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11216\/revisions\/11239"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/11217"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11216"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11216"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11216"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}