{"id":11327,"date":"2025-07-14T09:52:00","date_gmt":"2025-07-14T01:52:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=11327"},"modified":"2025-07-14T09:52:02","modified_gmt":"2025-07-14T01:52:02","slug":"kerajaan-pertimbang-wajibkan-label-ai-generated-di-bawah-akta-keselamatan-dalam-talian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=11327","title":{"rendered":"Kerajaan pertimbang wajibkan label \u2018AI generated\u2019 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian"},"content":{"rendered":"\n<p>Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai \u201cAI generated\u201d di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI, khususnya dalam media sosial, yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran fitnah, dan penyamaran identiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin kita akan pertimbangkan keperluan untuk pelabelan ini melalui Akta Keselamatan Dalam Talian, yang akan berkuat kuasa, Insya-Allah, hujung tahun ini. Kami juga melihat bahawa platform-platform digital perlu bersifat proaktif dalam melabelkan kandungan yang dihasilkan oleh AI sebagai AI generated content,\u201d katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) YOU &amp; AI: MEET@BANGSAR hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi Nik Kamaruzaman Nik Husin, Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) Roslan Ariffin dan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia (IPRM) Jaffri Amin.<\/p>\n\n\n\n<p>Bernama melaporkan Fahmi berkata beberapa platform media sosial telah mula melaksanakan pelabelan kandungan AI secara sukarela, dan inisiatif itu berpotensi untuk diperluas ke peringkat serantau melalui kerjasama dalam kalangan negara ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai kebimbangan terhadap penyebaran video dan gambar palsu yang dihasilkan oleh AI, beliau berkata setakat ini tiada garis panduan kawal selia yang memuaskan di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, Fahmi berkata perbincangan aktif sedang dijalankan, termasuk oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), berhubung perkara tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya baru-baru ini menghadiri AI for Good Summit di Geneva, Switzerland, dan memang di peringkat PBB serta ITU, persoalan utama adalah siapa yang patut menghasilkan kawal selia?. Sudah pasti, di peringkat negara, Parlimen dan kementerian-kementerian seperti Kementerian Digital perlu memainkan peranan utama. Namun, setiap kementerian mempunyai tanggungjawab untuk menilai dan mengkaji penggunaan AI dalam sektor masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Fahmi menegaskan bahawa AI tidak boleh menggantikan peranan manusia sepenuhnya. Beliau turut menekankan pentingnya generasi akan datang, khususnya Gen Alpha, untuk memahami manfaat, cabaran, dan batasan AI memandangkan mereka akan membesar dalam dunia yang dipenuhi kecerdasan buatan.-14\/7\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan pelabelan kandungan yang dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI) sebagai \u201cAI generated\u201d di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2024, yang dijangka berkuat kuasa pada hujung tahun ini. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan AI, khususnya dalam media sosial, yang boleh digunakan untuk tujuan penipuan, penyebaran [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9784,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-11327","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11327","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=11327"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11327\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":11329,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/11327\/revisions\/11329"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/9784"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=11327"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=11327"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=11327"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}