{"id":12258,"date":"2025-07-31T13:19:15","date_gmt":"2025-07-31T05:19:15","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12258"},"modified":"2025-07-31T14:51:16","modified_gmt":"2025-07-31T06:51:16","slug":"pm-berbual-telefon-dengan-presiden-trump-pagi-khamiskadar-tarif-baru-akan-diumum-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12258","title":{"rendered":"PM berbual telefon dengan Presiden Trump pagi Khamis\u2026kadar tarif baru akan diumum esok"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa khabar gembira ke Dewan Rakyat pagi Khamis ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke 13.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berbual dan berbincang dengan Presiden Donald Trump pada jam 6 pagi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Presiden Amerika itu akan mengumumkan kadar tarif perdagangan baru untuk Malaysia esok,Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Semalam,Rabu Reuters melaporkan Trump sebagai berkata beliau tidak akan melanjutkan tempoh untuk tarif berkuat kuasa, yang juga akan dilaksanakan esok.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDan kadar tarif akan diumumkan esok dan kita doa insya-Allah ia akan membantu dan tidak membeban ekonomi negara kita,\u201d kata Anwar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 8 Julai lalu, kerajaan Amerika mengumumkan tarif rata 25 peratus ke atas semua produk Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Kadar itu agak mengejutkan kerana ia satu peratus lebih tinggi dari 24 peratus yang diumum pada April lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar juga beritahu Trump mengesahkan kehadirannya di sidang kemuncak Asean di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Oktober ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Katanya Presiden Amerika itu menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas peranan penting yang dimainkan sebagai pemudahcara dalam menoktahkan konflik antara Thailand dan Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Anwar perkara itu dizahirkan secara langsung oleh Trump kepadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya ingin maklumkan pada jam 6.50 pagi tadi, saya berpeluang bercakap dengan Presiden Amerika, Donald Trump. Beliau mulakan dengan penghargaan setinggi-tingginya kepada Malaysia kerana telah memainkan peranan yang berkesan dan sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dan Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam respons saya menyatakan ini kerana kesepakatan ASEAN dan ini kerana sikap positif kedua-dua negara dan juga kerana kerjasama ditunjukkan AS khususnya, Presiden Trump dan Presiden China, Xi Jin Ping,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Isnin, Anwar mempengerusikan mesyuarat khas bagi menoktahkan konflik antara Thailand dan Kemboja di Putrajaya yang dihadiri Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.<\/p>\n\n\n\n<p>Keduanya bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat yang disambut baik negara lain malah Anwar dipuji atas peranan dimainkannya dalam mencapai jalan damai melalui meja rundingan.-31\/7\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa khabar gembira ke Dewan Rakyat pagi Khamis ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke 13. Beliau berbual dan berbincang dengan Presiden Donald Trump pada jam 6 pagi ini. Katanya Presiden Amerika itu akan mengumumkan kadar tarif perdagangan baru untuk Malaysia esok,Jumaat. Semalam,Rabu Reuters melaporkan Trump sebagai berkata beliau tidak akan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12261,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-12258","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12258","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12258"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12258\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12263,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12258\/revisions\/12263"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12261"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}