{"id":12300,"date":"2025-08-01T17:02:42","date_gmt":"2025-08-01T09:02:42","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12300"},"modified":"2025-08-01T17:02:48","modified_gmt":"2025-08-01T09:02:48","slug":"fomca-dedah-ancaman-dark-patterns-dalam-langganan-digital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12300","title":{"rendered":"FOMCA dedah ancaman &#8216;dark patterns&#8217; dalam langganan digital"},"content":{"rendered":"\n<p>Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendedahkan semakin ramai pengguna terperangkap dalam langganan digital tanpa sedar akibat reka bentuk antaramuka pengguna (UI) yang mengelirukan atau dikenali sebagai dark patterns.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Operasinya, Nur Asyikin Aminuddin berkata, FOMCA menerima aduan melibatkan pengguna yang \u2018terlanggan\u2019 perkhidmatan berbayar hanya melalui satu klik tidak jelas pada laman sesawang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLebih membimbangkan, tiada sistem pengesahan dua faktor atau notifikasi awal diberikan. Apabila pengguna menghubungi syarikat telekomunikasi, mereka dimaklumkan klik tersebut dianggap sebagai kebenaran sah untuk pemotongan langganan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTerdapat aplikasi tertentu menggabungkan fungsi lain seperti permainan atau papan kekunci yang memuat turun kandungan tambahan tanpa pengetahuan pengguna. Ada yang menawarkan \u2018percubaan percuma,\u2019 namun mengenakan caj selepas beberapa hari tanpa sebarang notifikasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Malangnya, golongan kanak-kanak dan warga emas antara kumpulan yang paling terdedah kepada eksploitasi digital sehingga mengundang kebimbangan kerana \u2018perjanjian\u2019 terjadi tanpa pengetahuan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Justeru itu, Nur Asyikin menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bertindak segera menyiasat platform digital yang menggunakan dark patterns dan mewujudkan garis panduan reka bentuk UI yang lebih telus.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara saranan dibangkitkan iaitu melarang UI yang menyembunyikan butang pembatalan dan menetapkan piawaian pendedahan harga langganan secara jelas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa sama, mereka diwajibkan membuat pengesahan langganan melalui e-mel atau SMS untuk memastikan pilihan keluar (opt-out) dipaparkan secara nyata,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyifatkan langganan automatik tanpa persetujuan jelas adalah satu bentuk eksploitasi terhadap kelemahan pengguna dan perlu ada audit digital untuk menyiasat sistem dalaman, seterusnya mengenal pasti elemen UI yang memanipulasi pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cFOMCA turut menggesa kerjasama antara MCMC dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk menambah baik Akta Perlindungan Pengguna agar merangkumi pelanggaran dalam ruang digital.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, kerjasama Bank Negara Malaysia dan penyedia e-pembayaran juga diperlukan bagi mengenal pasti corak penipuan transaksi mikro (micro-billing fraud). Platform seperti Google Play dan Apple App Store juga disarankan untuk membenarkan semakan silang langganan,\u201d cadangnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas Nur Asyikin lagi, FOMCA menasihatkan pengguna supaya sentiasa menyemak penyata akaun dan bil telekomunikasi bagi mengesan sebarang langganan mencurigakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDark patterns adalah manipulasi digital yang halus tetapi berpotensi merosakkan kepercayaan pengguna. Jika tidak dibendung, ia boleh menjadi norma dalam pembangunan aplikasi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua pihak berkepentingan sama ada pembuat dasar, pembangun aplikasi dan penguat kuasa, masing-masing perlu berganding bahu bagi mewujudkan ruang digital yang lebih selamat, adil dan telus,\u201d sarannya.-1\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) mendedahkan semakin ramai pengguna terperangkap dalam langganan digital tanpa sedar akibat reka bentuk antaramuka pengguna (UI) yang mengelirukan atau dikenali sebagai dark patterns. Ketua Pegawai Operasinya, Nur Asyikin Aminuddin berkata, FOMCA menerima aduan melibatkan pengguna yang \u2018terlanggan\u2019 perkhidmatan berbayar hanya melalui satu klik tidak jelas pada laman sesawang. \u201cLebih membimbangkan, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12301,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-12300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12302,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12300\/revisions\/12302"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12301"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}