{"id":12352,"date":"2025-08-04T12:51:07","date_gmt":"2025-08-04T04:51:07","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12352"},"modified":"2025-08-04T12:51:08","modified_gmt":"2025-08-04T04:51:08","slug":"sistem-autogate-kekang-sindiket-fly-di-pintu-masuk-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12352","title":{"rendered":"Sistem \u2018autogate\u2019 kekang sindiket \u2018Fly\u2019 di pintu masuk negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Kerajaan akan lebih tegas menangani manipulasi kemasukan ke Malaysia secara tidak sah dengan 125 pintu masuk negara akan dilengkapi dengan 635 sistem pintu automatik atau \u2018autogate\u2019 menjelang Mac 2028.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sistem itu akan dipasang di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, mulai Disember ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada Mac 2028, kita akan laksanakan kesemuanya. Itu langkah ke arah perkhidmatan pendigitalan melalui autogate, yang akan meminimumkan interaksi manusia di pintu masuk.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRekodnya adalah biometrik, pengecaman wajah dan iris serta cap jari, semua ini dengan sendirinya akan membolehkan isu manipulasi dapat diatasi,\u201d katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini lapor BH.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) mengenai masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu rasuah dan penyelewengan secara menyeluruh di Imigresen KLIA berikutan isu sindiket \u2018Fly\u2019 dan \u2018U-turn\u2019 yang memalukan imej negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang dalam proses melaksanakan ujian bukti konsep (POC) bagi penggunaan kamera badan (BWC) bagi petugas imigresen di pintu masuk negara, terutama KLIA.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerolehan akan dilakukan pada September tahun ini, dengan harapan kita akan dapat kelulusan 614 BWC dan ini akan dapat meningkatkan prestasi perkhidmatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) juga akan bekerjasama secara strategik dengan polis, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan pasukan keselamatan penerbangan untuk melaksanakan sistem penapisan penumpang lanjutan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui maklumat penumpang lanjutan di bawah sistem ini, ia akan membabitkan 10 daripada 56 syarikat penerbangan yang beroperasi, yang akan bermula pada hujung tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan sendirinya, maklumat ketibaan pengembara akan diketahui lebih awal sebelum menjejakkan kaki ke negara ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) mengenai tindakan terhadap pegawai terbabit aktiviti \u201ccounter setting\u201d dan penyelewengan di KLIA, Saifuddin berkata tahun lalu saja seramai 26 pegawai dibuang kerja dan lapan pegawai dikenakan tindakan sama pada 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi 50 kes \u2018phantom traveler\u2019, semua kes ini ditangani Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mana dua sudah dituduh di mahkamah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi baki 48 kes lagi, SPRM mengangkat syor untuk tuduh, siasatan dalaman dan juga siasatan tatakelola,\u201d katanya lagi.-4\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan lebih tegas menangani manipulasi kemasukan ke Malaysia secara tidak sah dengan 125 pintu masuk negara akan dilengkapi dengan 635 sistem pintu automatik atau \u2018autogate\u2019 menjelang Mac 2028. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sistem itu akan dipasang di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar di Johor; Lapangan Terbang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1916,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-12352","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12352","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12352"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12352\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12353,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12352\/revisions\/12353"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1916"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12352"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12352"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12352"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}