{"id":12420,"date":"2025-08-07T07:45:39","date_gmt":"2025-08-06T23:45:39","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12420"},"modified":"2025-08-07T07:45:40","modified_gmt":"2025-08-06T23:45:40","slug":"portal-jodoh-darul-iman-peluang-bujang-duda-janda-dapat-pasangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12420","title":{"rendered":"Portal Jodoh Darul Iman peluang bujang, duda, janda dapat pasangan"},"content":{"rendered":"\n<p>Berita baik untuk individu bujang, duda dan janda beragama Islam di Terengganu yang berhasrat untuk mencari jodoh boleh memanfaatkan Portal Jodoh Darul Iman (PJDI) yang dilancarkan hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani isu kelewatan perkahwinan dalam kalangan muda-mudi serta membentuk institusi kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan rakyat negeri ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, portal tersebut bukan sahaja berfungsi sebagai platform pencarian jodoh, malah menyediakan bimbingan, panduan dan sokongan kepada pasangan yang sedang menjalani proses taaruf.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUsaha ini diharap dapat meningkatkan kadar perkahwinan dalam kalangan rakyat negeri Terengganu, seterusnya meningkatkan kadar kelahiran di negeri ini,\u201d katanya ketika berucap merasmikan peluncuran PJDI, di Wisma Darul Iman, pada Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/IMG-20250806-WA0035-696x464-1-600x400.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12422\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/IMG-20250806-WA0035-696x464-1-600x400.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/IMG-20250806-WA0035-696x464-1-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/IMG-20250806-WA0035-696x464-1.jpg 696w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Ahmad Samsuri berkata, walaupun isu perkahwinan dilihat sebagai hal peribadi oleh sesetengah pihak, ia sebenarnya mempunyai kesan langsung terhadap struktur masyarakat, ekonomi dan demografi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMungkin setengah pihak beranggapan atau melihat aspek mencari jodoh, mendirikan rumah tangga dan kelahiran, menambah kelahiran di dalam keluarga mereka ini adalah aspek yang sangat kecil. Aspek yang sangat personal, sangat peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi sebenarnya ia berkait dengan pelbagai perkara yang berlaku dalam sesebuah negeri dan sesebuah negara. Kita lihat apa yang telah berlaku kepada negara yang mempunyai penduduk paling ramai dalam dunia, di China.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSalah satu dasar yang diperkenalkan oleh negara China, Cina satu masa dahulu ialah setiap keluarga mempunyai, hanya boleh ada seorang anak sahaja. Setelah pelaksanaan beberapa tahun yang agak lama juga, mereka sedar bahawa timbul satu masalah baharu dalam negara mereka<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSehingga dibuat satu polisi yang baharu ini yang ditambah baik dan diberi kebenaran untuk tambah daripada satu kepada dua. Semasa mereka memperkenalkan dasar \u2018one child, one family\u2019 itu, mungkin mereka tidak terbayang akan kesan yang boleh berlaku dengan mengubah fitrah yang telah ditentukan oleh Allah SWT ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHasil daripada pelaksanaan \u2018one child one family\u2019 ini menyebabkan berlaku \u2018generation gap\u2019 dalam keluarga, dalam kependudukan di China. Bayangkan apabila sesebuah keluarga itu yang ada ibu dan bapa hanya ada seorang anak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSatu-satu masa dan anak ini, oleh kerana sifat ketimuran yang ada di negeri sebelah kita ini sehinggalah sampai ke Jepun, termasuklah China, agak kebiasaan sebenarnya untuk anak akan menjaga orang tua dia. Tapi apabila tinggal seorang, seorang kena jaga keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Jadi) tidak ada yang boleh keluar untuk mencari kerja apabila ibu dan bapa mereka ini telah tua. Menyebabkan berlaku gap tenaga kerja yang agak serius di China pada waktu itu sehinggalah mereka terpaksa mengubah kembali supaya dibuka kepada \u2018two child per family\u2019,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Portal tersebut dikhususkan kepada lelaki dan wanita bujang, ibu tunggal dan bapa tunggal Islam berusia 18 tahun ke atas yang bermastautin di Terengganu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pendaftaran percuma boleh dilakukan menerusi laman web, www.jodohdaruliman.com dan setiap permohonan akan menjalani saringan ketat status perkahwinan bagi mengelak menyalahgunaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa berkonsepkan taaruf secara syarie dengan jaminan keselamatan dan kerahsiaan data pengguna dengan tiada sebarang komunikasi bebas antara peserta dibenarkan,\u201d katanya.-7\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Berita baik untuk individu bujang, duda dan janda beragama Islam di Terengganu yang berhasrat untuk mencari jodoh boleh memanfaatkan Portal Jodoh Darul Iman (PJDI) yang dilancarkan hari ini. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani isu kelewatan perkahwinan dalam kalangan muda-mudi serta membentuk institusi kekeluargaan yang kukuh<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12421,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-12420","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12420","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12420"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12420\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12423,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12420\/revisions\/12423"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12421"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12420"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12420"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12420"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}