{"id":12464,"date":"2025-08-08T07:37:10","date_gmt":"2025-08-07T23:37:10","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12464"},"modified":"2025-08-08T07:37:13","modified_gmt":"2025-08-07T23:37:13","slug":"isu-petronas-petros-di-sarawak-abang-johari-enggan-ulas-komen-rafizi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12464","title":{"rendered":"Isu Petronas-Petros di Sarawak\u2026 Abang Johari enggan ulas komen Rafizi"},"content":{"rendered":"\n<p>Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lanjut kenyataan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung rundingan pemilikan dan pengagihan hasil gas antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).<\/p>\n\n\n\n<p>Abang Johari berkata, itu adalah pandangan Rafizi dan beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu pandangan beliau (Rafizi), saya tiada komen,\u201d katanya ringkas ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian Persidangan Transformasi Kewangan Sektor Awam 2025 di Hotel Imperial Kuching, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, Rafizi menerusi episod terbaharu audio siar (podcast) Yang Berhenti Menteri menyatakan rundingan tersebut perlu dilakukan dengan teliti kerana sebarang kecuaian boleh memberi kesan serius terhadap ekonomi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Kata beliau, sekiranya tuntutan Sarawak terhadap sumber gas diterima tanpa mempertimbangkan struktur kewangan sedia ada, PETRONAS berisiko kehilangan RM15 bilion hingga RM20 bilion setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu bukan jumlah yang kecil,\u201d ujarnya.<br><br>Menjelas lanjut, Rafizi memberitahu bahawa PETRONAS kini menyumbang RM30 bilion hingga RM35 bilion setahun kepada Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelasnya, jika jumlah itu merosot, ia memberi kesan kepada keupayaan negara membiayai perkhidmatan asas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPETRONAS adalah penyumbang utama hasil negara \u2014 dividen tahunannya menyokong pelbagai perkhidmatan awam termasuk sekolah, hospital, pembangunan infrastruktur, pencen dan gaji penjawat awam di Sarawak dan di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMeskipun hasil itu tidak disalurkan terus ke dalam perbendaharaan negeri, sekolah, hospital dan jalan raya di Sarawak dibangunkan menggunakan dana persekutuan hasil dividen PETRONAS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJadi, jika PETRONAS kehilangan RM20 bilion, syarikat itu tidak akan mampu membayar RM35 bilion dividen kepada Kerajaan Persekutuan,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam hal berkaitan, kegagalan PETRONAS berbuat demikian boleh menyebabkan penurunan penarafan kredit negara, sekali gus meningkatkan kos pinjaman kerajaan dengan ketara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMalaysia kini membayar RM48 bilion setahun hanya untuk faedah dan angka itu boleh melonjak kepada RM60 bilion jika penarafan kredit menurun akibat ketidaktentuan dalam sektor minyak dan gas,\u201d jelasnya lagi.-8\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg enggan mengulas lanjut kenyataan bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung rundingan pemilikan dan pengagihan hasil gas antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Abang Johari berkata, itu adalah pandangan Rafizi dan beliau tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara berkenaan. \u201cItu pandangan beliau [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7883,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-12464","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12464","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12464"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12464\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12465,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12464\/revisions\/12465"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/7883"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12464"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12464"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12464"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}