{"id":12536,"date":"2025-08-11T16:52:08","date_gmt":"2025-08-11T08:52:08","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12536"},"modified":"2025-08-11T16:52:09","modified_gmt":"2025-08-11T08:52:09","slug":"jangan-ganggu-sekolah-kpm-rayu-hentikan-perhimpunan-di-smka-tun-datu-mustapha","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12536","title":{"rendered":"Jangan ganggu sekolah!\u2026 KPM rayu hentikan perhimpunan di SMKA Tun Datu Mustapha"},"content":{"rendered":"\n<p>Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merayu orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Kinarut, atau memboikot sekolah tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, semua pihak mahukan keadilan untuk Zara Qairina Mahathir, namun beliau merayu agar keadilan turut diberikan kepada pelajar dan guru di sekolah itu, selain menjaga emosi serta psikologi mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yakin pihak berkuasa akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin, dengan KPM memberi sokongan penuh.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, KPM menambah baik aspek keselamatan termasuk menambah bilangan warden, meningkatkan keupayaan kamera litar tertutup (CCTV) serta mengarahkan semua pengetua dan guru besar melaporkan segera setiap insiden.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak dahulu kita tidak benarkan perkara negatif disimpan. Arahan jelas sudah diberikan supaya aduan dibuat segera, termasuk kes buli dan gangguan seksual. Jika tidak, tindakan tatatertib akan diambil,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memaklumkan, Jemaah Nazir telah diarahkan membuat audit keselamatan sekolah dan asrama setiap hari, selain pemeriksaan mengejut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya sendiri akan turun ke sekolah tanpa makluman awal, termasuk pada waktu malam di asrama, untuk melihat keadaan sebenar,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr. Mohd Azam berkata demikian selepas menghadiri Majlis Apresiasi Guru Madani dan Penyerahan Bantuan Persekolahan Tingkatan 6 di sini, yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.-11\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merayu orang ramai supaya tidak mengadakan perhimpunan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan di Kinarut, atau memboikot sekolah tersebut. Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd Azam Ahmad berkata, semua pihak mahukan keadilan untuk Zara Qairina Mahathir, namun beliau merayu agar keadilan turut diberikan kepada pelajar dan guru [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12537,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-12536","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12536","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12536"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12536\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12538,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12536\/revisions\/12538"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12537"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12536"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12536"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12536"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}