{"id":12629,"date":"2025-08-14T06:41:22","date_gmt":"2025-08-13T22:41:22","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12629"},"modified":"2025-08-14T06:41:40","modified_gmt":"2025-08-13T22:41:40","slug":"projek-perumahan-sakit-meningkat-selangor-johor-antara-paling-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12629","title":{"rendered":"Projek perumahan &#8216;sakit&#8217; meningkat\u2026 Selangor, Johor antara paling tinggi"},"content":{"rendered":"\n<p>Jumlah projek perumahan \u2018sakit\u2019 di Malaysia terus meningkat kepada 360 projek membabitkan 59,436 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar keseluruhan (GDV) mencecah RM59.31 bilion setakat 30 Jun 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata data terkini menunjukkan peningkatan 3.15 peratus berbanding Mei 2025 yang mencatat 349 projek \u2018sakit\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, perbandingan tiga bulan lalu, terdapat trend projek \u2018sakit\u2019 yang meningkat secara tekal merangkumi April (339); Mei (349); dan Jun (360), manakala projek lewat dan terbengkalai mencatat penurunan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebanyak 233 projek perumahan lewat membabitkan 39,469 unit rumah bernilai GDV RM35.55 bilion direkodkan, menurun daripada 243 projek (39,844 unit) membabitkan RM42.64 bilion pada Mei.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProjek terbengkalai pula turun kepada 109 projek merangkumi 30,027 unit rumah dengan GDV RM12.96 bilion berbanding 112 bulan sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara negeri yang merekodkan projek perumahan bermasalah iaitu lewat, \u2018sakit\u2019 dan terbengkalai adalah Selangor, Johor, Perak dan Pahang,\u201d katanya pada sidang media di Parlimen pada 13 Ogos, lapor Harian Metro.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata Pasukan Petugas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST) memperluaskan bantuan serta campur tangan merangkumi projek tidak dilesenkan di bawah KPKT bagi menyelesaikan isu berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDulu kita hanya beri perhatian kepada projek perumahan swasta yang ada lesen dengan KPKT tetapi pada masa ini ada projek yang tidak ada lesen turut dibantu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni berdasarkan perhatian kita, mereka juga perlukan bantuan untuk selesaikan pelbagai isu berkaitan projek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, kita turut mempergiatkan campur tangan bagi projek sekarang yang berstatus lewat sebelum ia (masuk kategori) \u2018sakit\u2019 dan terbengkalai,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>TFST juga ujarnya mengadakan lawatan tapak hampir setiap bulan merangkumi semua projek perumahan di seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKPKT baru-baru ini juga berjaya menyelesaikan pembangunan projek perumahan swasta yang terbengkalai sejak 30 tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebanyak 1,171 projek perumahan swasta berjaya dipulihkan membabitkan 139,848 unit rumah dengan GDV berjumlah RM113.55 bilion,\u201d katanya.-14\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jumlah projek perumahan \u2018sakit\u2019 di Malaysia terus meningkat kepada 360 projek membabitkan 59,436 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar keseluruhan (GDV) mencecah RM59.31 bilion setakat 30 Jun 2025. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata data terkini menunjukkan peningkatan 3.15 peratus berbanding Mei 2025 yang mencatat 349 projek \u2018sakit\u2019. Menurutnya, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12630,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-12629","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12629","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12629"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12629\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12631,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12629\/revisions\/12631"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12630"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12629"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12629"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12629"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}