{"id":12635,"date":"2025-08-14T07:19:29","date_gmt":"2025-08-13T23:19:29","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12635"},"modified":"2025-08-16T20:33:04","modified_gmt":"2025-08-16T12:33:04","slug":"pemimpin-pkr-pas-kecam-serangan-terhadap-anak-rafizi-mahu-penjenayah-ditangkap-segera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12635","title":{"rendered":"Pemimpin PKR, PAS kecam&#8230; mahu penjenayah ditangkap segera"},"content":{"rendered":"\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mendoakan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang tadi, agar segera sembuh dan diberikan keselamatan kepada mereka sekeluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi hantaran di platform X, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, beliau amat sedih, terkejut dan marah menerima perkhabaran mengenai kejadian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai seorang bapa dengan anak-anak yang hampir sama usia anak saudara Rafizi Ramli, saya juga amat risau tentang keselamatan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mendoakan Ben cepat sembuh, semoga Allah beri keselamatan kepada saudara Rafizi sekeluarga, dan semoga penyerang-penyerang ini segera diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang ketika mangsa, seorang kanak-kanak lelaki, dilaporkan bersama ibunya dan pemandu mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh dalam kenyataan berkata, PKR menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan tegas dengan membawa pelaku ke muka pengadilan, serta memastikan keselamatan dan perlindungan semua rakyat, khususnya kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi pihak KEADILAN, saya amat terkejut, sedih dan mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan mantan Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli, di Putrajaya petang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mendoakan agar anak beliau segera sembuh sepenuhnya dan agar keluarga beliau terus tabah menghadapi dugaan ini. Kanak-kanak sama sekali tidak boleh dijadikan mangsa dalam apa jua keadaan. Tindakan sebegini adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan mesti dikecam sekeras-kerasnya oleh semua pihak,\u201d kata Fuziah yang juga Setiausaha Agung PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, turut meluahkan rasa terkejut dan solidariti kepada Rafizi adalah Ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azzamudden, dalam satu kenyataan di facebook, beliau berkata tindakan menyerang anak Rafizi ini adalah satu jenayah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Nak lawan musuh politik, berdepanlah di dalam gelanggang politik. Jangan heret orang luar gelanggang yang tak berdosa untuk turut masuk dalam gelanggang. Hanya musuh yang bacul dan pengamal politik haiwan sahaja yang sanggup buat begini,&#8221;katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mendoakan semoga penjenayah itu segera dapat ditangkap dan dijatuhkan hukuman<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menerusi hantaran di Facebook meminta pihak polis bertindak segera untuk mengenal pasti penjenayah serta dalangnya, dan mengheret mereka ke muka pengadilan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam terhadap anak Yang Berhormat Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan. Jenayah serius ini jelas terancang dan bersasar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, mengganggu atau menyerang keluarga ahli politik itu satu perbuatan pengecut, lebih-lebih lagi serangan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai seorang sahabat, saya amat bersimpati dengan keluarga saudara Rafizi. Sebagai seorang ahli politik, saya bimbang terhadap keselamatan keluarga saya sendiri. Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat risau dengan keadaan negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Chang menyeru ahli politik daripada semua parti untuk bersolidariti dan berdiri teguh bersama Rafizi dan keluarganya serta bersama-sama menentang budaya jijik itu yang hanya akan merosakkan masa depan negara. -14\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mendoakan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang tadi, agar segera sembuh dan diberikan keselamatan kepada mereka sekeluarga. Menerusi hantaran di platform X, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, beliau amat sedih, terkejut dan marah menerima perkhabaran mengenai [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12640,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"class_list":["post-12635","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12635","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12635"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12635\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12645,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12635\/revisions\/12645"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12640"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12635"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12635"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12635"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}