{"id":12651,"date":"2025-08-22T11:30:00","date_gmt":"2025-08-22T03:30:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12651"},"modified":"2025-08-22T20:53:29","modified_gmt":"2025-08-22T12:53:29","slug":"selepas-anak-diserang-isteri-rafizi-pulak-terima-ugutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12651","title":{"rendered":"Polis dapati nombor telefon hantar mesej ugut isteri Rafizi didaftar atas nama warga asing"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Hasil analisa dijalankan dalam siasatan POLIS dapati nombor telefon individu yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli didaftarkan atas nama seorang warga asing.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang beritahu pihaknya masih giat mengesan dua penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam kes serangan terhadap anak Rafizi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita belum dapat mengenal pasti suspek kerana kedua-dua individu-individu memakai topi keledar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya sama ada polis sudah mengenal pasti jenis cecair yang disuntik kepada anak lelaki Rafizi dalam serangan di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu, Mohd Khalid berkata, pihaknya masih menunggu laporan kimia daripada hospital.<\/p>\n\n\n\n<p>Pemantauan terhadap kanak-kanak itu oleh pihak hospital mendapati dia dalam keadaan baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, setakat ini seramai 19 individu sudah diambil keterangan termasuk keluarga Rafizi, pemandu dan pekerja serta saksi lain bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mengambil dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kejadian kira-kira 2 petang pada 13 Ogos lalu, anak lelaki Rafizi diserang dan disuntik cecair oleh individu di tempat menurun dan mengambil penumpang di pusat beli-belah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anak lelaki Ahli Parlimen Pandan berusia 12 tahun itu difahamkan tiada kecederaan fizikal.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi dalam kenyataan memaklumkan anaknya diserang dengan cara diheret dan disuntik dengan jarum suntikan.- 22\/8\/2025<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Siasatan kes anak Rafizi diambilalih JSJ Bukit Aman<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selaras dengan keperluan siasatan yang lebih menyeluruh dan berpusat maka Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah ambilalih siasatan serangan ke atas anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.<\/p>\n\n\n\n<p>Hal ini dimaklum oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menerusi satu kenyataan pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cOrang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama masyarakat amat dihargai demi memastikan keadilan dan ketelusan dalam proses siasatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes yang mencuri perhatian ramai ini berlaku Rabu lepas di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya pada jam 1.45 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejadian berlaku apabila anak dan isterinya itu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat membeli-belah tersebut sebelum didatangi seorang lelaki yang mengheret anaknya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi beritahu semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isterinya dan beliau percaya serangan itu telah dirancang lebih awal.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga beritahu isterinya pula menerima mesej ugutan yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya antara mesej yang diterima adalah mengugut anak mereka dengan jangkitan AID,- 17\/8\/2025<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Serangan dan ugutan terhadap keluarganya\u2026Rafizi kata kerja jalan terus,beliau tidak akan tunduk<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Seri Rafizi Ramli telah menghantar mesej jelas kepada pihak yang cuba menakutkannya dengan buat serangan dan ugutan terhadap keluarganya bahawa beliau tidak akan tunduk kepada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Parlimen Pandan iu menegaskan beliau akan terus menjalankan tugas sebagai wakil rakyat tanpa berehat, kerana tindakan berhenti hanya akan memenuhi matlamat pihak yang cuba menakut-nakutkannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi berkata, ada pihak yang menasihatkan supaya berehat seketika selepas kejadian serangan jarum terhadap anaknya, namun menegaskan bahawa hidup dan tanggungjawab tidak boleh dihentikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, tindakan berehat atau menghentikan rutin hanya akan memenuhi tujuan pihak yang cuba menakut-nakutkannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya bukanlah tidak ada hati perut atau pentingkan politik dalam keadaan sekarang, tetapi matlamat ugutan terhadap keluarga saya ialah supaya saya putus asa dan duduk diam.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau saya tidak meneruskan rutin dan tanggungjawab seperti biasa, maka tercapailah matlamat mereka itu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Bekas Timbalan Presiden PKR itu menegaskan demikian menerusi hantaran sebuah video di Facebook pada Jumaat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ekoran kejadian Rabu lalu Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi percaya serangan terhadap anaknya mempunyai kaitan dengan pertemuannya bersama sekumpulan pemberi maklumat (whistleblower) mengenai satu skandal kewangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sidang media di Parlimen pagi Khamis, Rafizi mendedahkan isterinya pula menerima mesej ugutan daripada nombor tidak dikenali sebanyak dua kali hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekali awal pagi Khamis, dan satu lagi jam 11.00 pagi ini dengan mesej yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMesej itu berbunyi \u2018diam, andai teruskan, AIDS\u2019,\u201d kata Rafizi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, tindakan tersebut juga merupakan amaran dan usaha untuk menutup mulutnya daripada terus membongkar perkara berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah, ketika ditanya sama ada skandal itu mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik, Rafizi menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan lanjut.- 15\/8\/2025<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Selepas anak diserang\u2026 isteri Rafizi pulak terima ugutan<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Makin panas kisah bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang semalam berdepan dengan kisah cemas anaknya yang berusia 12 tahun diserang dua lelaki tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"362\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/rafizixcfg-780x470-1-600x362.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12702\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/rafizixcfg-780x470-1-600x362.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/rafizixcfg-780x470-1-300x181.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/rafizixcfg-780x470-1-768x463.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/rafizixcfg-780x470-1.jpg 780w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam sidang media di Parlimen pagi Khamis, Rafizi mendedahkan isterinya pula menerima mesej ugutan daripada nombor tidak dikenali sebanyak dua kali hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekali awal pagi Khamis, dan satu lagi jam 11.00 pagi ini dengan mesej yang sama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMesej itu berbunyi \u2018diam, andai teruskan, AIDS\u2019,\u201d kata Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR. Turut disertakan emoji picagari, katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Ahli Parlimen Pandan itu percaya kejadian serangan terhadap anak lelakinya semalam ada kaitan dengan cubaan \u2018menutup mulutnya\u2019 berkaitan satu skandal.<\/p>\n\n\n\n<p>Rafizi bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai \u2018skandal\u2019 berkenaan, namun memberitahu, maklumat itu diterima hasil perjumpaannya dengan sekumpulan pemberi maklumat, Rabu minggu lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada hemat saya, ini bersabit cubaan untuk menutup mulut saya. Ada sesuatu saya sedang teliti dan ini (serangan) adalah mesej untuk saya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang ada satu kumpulan \u2018whistleblower\u2019 datang pada saya Rabu minggu lepas mengenai satu skandal berkaitan wang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMaksudnya saya ingat pihak terbabit tahu kalau saya sudah mula lihat satu skandal, saya akan \u2018go deep\u2019 (siasat lebih mendalam)\u2026 pada saya, mereka nak saya \u2018move on\u2019 dan tidak meneruskannya,\u201d katanya.-14\/8\/2025<\/p>\n\n\n\n<h1 class=\"wp-block-heading\">Pemimpin PKR, PAS kecam\u2026 mahu penjenayah ditangkap segera<\/h1>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mendoakan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang diserang di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya petang tadi, agar segera sembuh dan diberikan keselamatan kepada mereka sekeluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi hantaran di platform X, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR berkata, beliau amat sedih, terkejut dan marah menerima perkhabaran mengenai kejadian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai seorang bapa dengan anak-anak yang hampir sama usia anak saudara Rafizi Ramli, saya juga amat risau tentang keselamatan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mendoakan Ben cepat sembuh, semoga Allah beri keselamatan kepada saudara Rafizi sekeluarga, dan semoga penyerang-penyerang ini segera diberkas dan dihadapkan ke muka pengadilan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurunkan penumpang ketika mangsa, seorang kanak-kanak lelaki, dilaporkan bersama ibunya dan pemandu mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh dalam kenyataan berkata, PKR menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dan tegas dengan membawa pelaku ke muka pengadilan, serta memastikan keselamatan dan perlindungan semua rakyat, khususnya kanak-kanak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi pihak KEADILAN, saya amat terkejut, sedih dan mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan yang juga merupakan mantan Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli, di Putrajaya petang ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mendoakan agar anak beliau segera sembuh sepenuhnya dan agar keluarga beliau terus tabah menghadapi dugaan ini. Kanak-kanak sama sekali tidak boleh dijadikan mangsa dalam apa jua keadaan. Tindakan sebegini adalah kejam, tidak berperikemanusiaan dan mesti dikecam sekeras-kerasnya oleh semua pihak,\u201d kata Fuziah yang juga Setiausaha Agung PKR.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, turut meluahkan rasa terkejut dan solidariti kepada Rafizi adalah Ahli Parlimen Alor Setar yang juga Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azzamudden, dalam satu kenyataan di facebook, beliau berkata tindakan menyerang anak Rafizi ini adalah satu jenayah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNak lawan musuh politik, berdepanlah di dalam gelanggang politik. Jangan heret orang luar gelanggang yang tak berdosa untuk turut masuk dalam gelanggang. Hanya musuh yang bacul dan pengamal politik haiwan sahaja yang sanggup buat begini,\u201dkatanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mendoakan semoga penjenayah itu segera dapat ditangkap dan dijatuhkan hukuman<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menerusi hantaran di Facebook meminta pihak polis bertindak segera untuk mengenal pasti penjenayah serta dalangnya, dan mengheret mereka ke muka pengadilan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya mengecam sekeras-kerasnya serangan kejam terhadap anak Yang Berhormat Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan. Jenayah serius ini jelas terancang dan bersasar,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata, mengganggu atau menyerang keluarga ahli politik itu satu perbuatan pengecut, lebih-lebih lagi serangan terhadap seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai seorang sahabat, saya amat bersimpati dengan keluarga saudara Rafizi. Sebagai seorang ahli politik, saya bimbang terhadap keselamatan keluarga saya sendiri. Sebagai rakyat Malaysia, saya sangat risau dengan keadaan negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Chang menyeru ahli politik daripada semua parti untuk bersolidariti dan berdiri teguh bersama Rafizi dan keluarganya serta bersama-sama menentang budaya jijik itu yang hanya akan merosakkan masa depan negara. -14\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hasil analisa dijalankan dalam siasatan POLIS dapati nombor telefon individu yang menghantar mesej ugutan terhadap isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli didaftarkan atas nama seorang warga asing. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang beritahu pihaknya masih giat mengesan dua penunggang motosikal yang disyaki terbabit dalam kes serangan terhadap anak Rafizi. [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12640,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-12651","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12651","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12651"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12651\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12901,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12651\/revisions\/12901"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12640"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12651"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12651"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12651"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}