{"id":12664,"date":"2025-08-15T07:54:25","date_gmt":"2025-08-14T23:54:25","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12664"},"modified":"2025-08-15T07:55:28","modified_gmt":"2025-08-14T23:55:28","slug":"pas-johor-bimbang-pusat-data-ganggu-bekalan-air-elektrik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12664","title":{"rendered":"PAS Johor bimbang pusat data bernilai RM164.45 bilion ganggu bekalan air, elektrik"},"content":{"rendered":"\n<p>PAS Johor menyatakan kebimbangan berhubung kesan pembangunan pusat data bernilai RM164.45 bilion di negeri itu, dengan menegaskan bahawa kemajuan yang dijanjikan mesti memberi manfaat langsung kepada rakyat Johor, bukan sekadar angka pelaburan di atas kertas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Ketua Penerangan PAS Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni, projek mega berskala gergasi itu berpotensi mengubah landskap sosioekonomi dan sumber asli negeri secara drastik, namun menuntut penggunaan tenaga elektrik dan air pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPusat data ibarat puluhan loji tenaga yang beroperasi serentak. Selain menuntut penggunaan sumber secara besar-besaran, haba yang dilepaskan secara berterusan juga berisiko mewujudkan kesan \u2018Pulau Haba Bandar\u2019, yang boleh meningkatkan suhu setempat dan menjejaskan mutu hidup penduduk sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada masa rakyat masih bergelut dengan kos sara hidup dan gangguan bekalan air, adalah janggal jika keselesaan asas dikorbankan demi memenuhi keperluan industri,\u201d katanya dalam satu kenyataan pada 14 Ogos.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"338\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/sedenak-600x338.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12666\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/sedenak-600x338.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/sedenak-300x169.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/sedenak-390x220.jpg 390w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/sedenak.jpg 686w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau turut mempersoalkan kenyataan bahawa projek itu bakal mewujudkan 6,000 pekerjaan bermutu, dengan amaran bahawa tanpa pelan pembangunan bakat tempatan yang jelas, jawatan berkemahiran tinggi berisiko diisi oleh tenaga kerja luar atau ekspatriat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnak muda Johor mungkin hanya mengisi jawatan sokongan atau kerja sementara di tapak binaan, sedangkan kemakmuran yang dihasilkan mengalir keluar dari negeri ini,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau berkata PAS Johor telah menggariskan enam langkah yang perlu diambil kerajaan negeri dan pihak berkaitan bagi memastikan pembangunan tersebut benar-benar berpihak kepada rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertama, membentangkan pecahan terperinci 6,000 peluang pekerjaan yang dijanjikan serta menyediakan pelan strategik bersama universiti dan institusi TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) tempatan bagi memastikan anak Johor menjadi pengisi utama jawatan berkemahiran tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan juga perlu mewajibkan semua pelabur mematuhi syarat kemampanan ketat, termasuk had minima keberkesanan penggunaan tenaga dan air, serta keperluan menjana sebahagian tenaga melalui sumber boleh diperbaharui bagi mengurangkan beban grid negeri.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/pusatdata23-600x400.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-12667\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/pusatdata23-600x400.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/pusatdata23-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/pusatdata23-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/pusatdata23.jpg 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cMereka juga perlu mengaudit semula unjuran permintaan air dan elektrik negeri serta mendedahkan pelan mitigasi bagi mengelakkan catuan atau gangguan bekalan pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami turut melihat keperluan menggubal dasar \u2018Pulangan Masyarakat\u2019 yang mana sebahagian peratus keuntungan atau cukai daripada pelaburan disalurkan ke tabung khas untuk menaik taraf infrastruktur awam seperti jalan raya, pengangkutan awam dan hospital,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menyeru kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemantau Awam yang dianggotai wakil masyarakat, pakar alam sekitar dan ahli akademik bagi memantau operasi pusat data dan memastikan semua syarat dipatuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan juga perlu melaksanakan audit impak sosioekonomi dan alam sekitar secara menyeluruh bagi setiap fasa pembangunan, dengan hasilnya didedahkan kepada umum,\u201d katanya.-15\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS Johor menyatakan kebimbangan berhubung kesan pembangunan pusat data bernilai RM164.45 bilion di negeri itu, dengan menegaskan bahawa kemajuan yang dijanjikan mesti memberi manfaat langsung kepada rakyat Johor, bukan sekadar angka pelaburan di atas kertas. Menurut Ketua Penerangan PAS Johor, Abu Irfan Muhammad Al-Urduni, projek mega berskala gergasi itu berpotensi mengubah landskap sosioekonomi dan sumber [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12665,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-12664","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12664","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12664"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12664\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12670,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12664\/revisions\/12670"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12665"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12664"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12664"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12664"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}