{"id":12704,"date":"2025-08-16T15:35:25","date_gmt":"2025-08-16T07:35:25","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12704"},"modified":"2025-08-16T15:35:27","modified_gmt":"2025-08-16T07:35:27","slug":"agong-tegur-belian-aset-tentera-jangan-cuba-temberang-saya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12704","title":{"rendered":"Agong tegur belian aset tentera \u2026&#8217;jangan cuba temberang saya &#8216;"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini tidak pernah dengar Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong titah tegas begini secara terbuka menegur satu urusan kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini berlaku semasa Sultan Ibrahim bertitah pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas Ke-60 di Kem Iskandar, Mersing pada Sabtu.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda beritah demikian ketika meminta Kementerian Pertahanan agar batalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk lama yang telah berusia lebih 30 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengingatkan kementerian berkenaan supaya tidak mengulangi kesilapan dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan ulang kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat SkyHawk secara second-hand (terpakai). Adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam \u2018keranda terbang\u2019? Awak fikirlah sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya ini semua berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan \u2018agent\u2019 atau bekas Jeneral yang menjadi \u2018salesman\u2019 malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual \u2018 drone\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau semua pembelian kena ikut harga orang tengah maka peruntukan yang ada tidak akan cukup. Oleh itu, jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi,\u201d titah Seri Paduka Baginda.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginda mengingatkan kerajaan memberi keutamaan kepada peningkatan tahap kesiapsiagaan Rejimen Gerak Khas dengan memastikan setiap perolehan aset tentera dibuat secara teliti, iaitu berlandaskan harga pasaran dan keperluan sebenar pengguna, bukannya mengikut cadangan ejen semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>Titah baginda, pembelian aset yang tidak relevan atau terlalu mahal bukan sahaja merugikan, malah membazirkan peruntukan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJangan buang masa beli barang yang merepek dan tidak sesuai dengan keperluan tentera. Kalau tidak tahu harga, tanya saya dahulu,\u201d titah Seri Paduka Baginda yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK).<\/p>\n\n\n\n<p>Yang di-Pertuan Agong juga mengimbas kembali teguran baginda lima tahun lalu berhubung pembelian bot Rigid Riding Craft (RRC) untuk komando pada harga RM5 juta, sedangkan bot yang lebih baik boleh diperoleh dibawah RM2 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBaru-baru ini pula, saya dapat tahu ada cadangan untuk beli lagi bot sama tetapi saiz yang besar sedikit dengan harga hampir RM10 juta. Ini tidak masuk akal dan harus diteliti secara betul.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain daripada harga, kualiti barang yang dibeli juga perlu diutamakan. Apa telah jadi dengan kolam selam tempur di kem ini yang sepatutnya siap pada 2022, tetapi sehingga kini masih belum boleh digunakan,\u201d titah Seri Paduka Baginda.- 16\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Jangan cuba nak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan menegur lagi.&#8221; Sebelum ini tidak pernah dengar Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong titah tegas begini secara terbuka menegur satu urusan kerajaan. Ini berlaku semasa Sultan Ibrahim bertitah pada Titah Diraja sempena Perbarisan Hari Ulang Tahun Rejimen Gerak Khas [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12705,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-12704","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12704","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12704"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12704\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12706,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12704\/revisions\/12706"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12705"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}