{"id":12746,"date":"2025-08-18T16:39:19","date_gmt":"2025-08-18T08:39:19","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=12746"},"modified":"2025-08-18T16:39:21","modified_gmt":"2025-08-18T08:39:21","slug":"kementerian-komunikasi-junjung-titah-agong-bendung-budaya-buli","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=12746","title":{"rendered":"Kementerian Komunikasi junjung titah Agong bendung budaya buli"},"content":{"rendered":"\n<p>Kementerian Komunikasi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keperluan membendung budaya buli sejak peringkat sekolah.<\/p>\n\n\n\n<p>Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata kementerian komited untuk mempergiat beberapa gerak kerja bagi menyokong hasrat Seri Paduka.<\/p>\n\n\n\n<p>Jelas beliau, antaranya ialah pelaksanaan Kempen Kesedaran Nasional Antibuli secara menyeluruh melalui televisyen, radio, media sosial dan platform digital.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, pelaksanaan tindakan susulan rentas kementerian bagi memastikan mesej anti buli sampai kepada pelajar, ibu bapa dan komuniti secara bersepadu dan pengarus perdana nilai hormat, disiplin dan kasih sayang dalam komunikasi strategik kerajaan serta program masyarakat,\u201d katanya menerusi kenyataan, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Fahmi telah menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada pagi tadi bagi mempersembah komitmen kementerian dan tindakan yang dilaksana dalam menangani isu buli.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Fahmi menyifatkan titah Sultan Ibrahim adalah bertepatan dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu buli dengan lebih tegas melalui pindaan Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) 2025 dan Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKementerian juga akan membantu memastikan mesej antibuli disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami kanak-kanak dan remaja selaras dengan hasrat Seri Paduka agar generasi muda memahami erti hormat-menghormati dan mengamalkan nilai murni sejak kecil,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi turut menyeru agar semua pihak berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing dalam membanteras gejala buli.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya melalui kesepakatan menyeluruh kita mampu melahirkan generasi yang berakhlak mulia, berdisiplin dan berjiwa penyayang,\u201d kata beliau.-18\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Komunikasi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keperluan membendung budaya buli sejak peringkat sekolah. Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata kementerian komited untuk mempergiat beberapa gerak kerja bagi menyokong hasrat Seri Paduka. Jelas beliau, antaranya ialah pelaksanaan Kempen Kesedaran Nasional Antibuli secara menyeluruh melalui televisyen, radio, media sosial dan platform digital. \u201cSelain itu,<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12747,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-12746","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12746","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=12746"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12746\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":12749,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/12746\/revisions\/12749"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/12747"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=12746"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=12746"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=12746"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}