{"id":13039,"date":"2025-08-29T15:53:22","date_gmt":"2025-08-29T07:53:22","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=13039"},"modified":"2025-08-29T21:53:48","modified_gmt":"2025-08-29T13:53:48","slug":"tiga-kejayaan-malaysia-yang-sering-diabaikan-menurut-bank-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=13039","title":{"rendered":"Tiga kejayaan Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia"},"content":{"rendered":"\n<p>Tiga pencapaian penting dalam ekonomi Malaysia yang disifatkannya sebagai \u2018unsung wins\u2019 (kejayaan tidak didendang), namun perlu menjadi kebanggaan rakyat negara ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, pencapaian pertama ialah pengurangan kadar kemiskinan yang ketara sejak kemerdekaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata hampir separuh daripada penduduk Malaysia dianggap miskin 10 tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun hari ini, hanya kira-kira enam daripada setiap 100 rakyat Malaysia hidup dalam kemiskinan. Ini bermakna lebih 14 juta rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kemiskinan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun usaha untuk menghapuskan kemiskinan sepenuhnya masih diteruskan, pencapaian ini adalah sangat luar biasa,\u201d katanya menerusi hantaran di platform X.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, pencapaian itu juga berjaya dicapai tanpa wujudnya kawasan setinggan kekal seperti sering terjadi di negara lain iaitu satu aspek yang baginya sering diabaikan dalam perbincangan mengenai pembangunan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSingapura tidak perlu menangani masalah kemiskinan dalam skala sebesar, maka rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/ApurvaSanghi-600x400.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-13040\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/ApurvaSanghi-600x400.webp 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/ApurvaSanghi-300x200.webp 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/ApurvaSanghi-768x512.webp 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/08\/ApurvaSanghi.webp 1200w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Pencapaian kedua yang diketengahkan oleh Apurva adalah kejayaan Malaysia dalam mempelbagaikan ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, tahap kerumitan ekonomi (economic complexity) Malaysia mengatasi semua negara lain yang bergantung kepada komoditi pada tahap pendapatan yang sama ketika Malaysia mencapai kemerdekaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPada awal 1960-an, sebanyak 95 peratus eksport barangan Malaysia terdiri daripada komoditi asas atau barangan \u2018mudah\u2019. Kini, angka itu menurun kepada hanya 30 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia kini 3.6 kali ganda lebih tinggi daripada Filipina dan sembilan kali ganda lebih tinggi daripada Zambia iaitu dua negara yang bermula pada tahap pembangunan yang hampir sama dengan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKepelbagaian ekonomi ini meningkatkan taraf hidup rakyat secara langsung,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apurva berkata, Malaysia juga secara senyap muncul sebagai pemain utama dalam ekonomi halal global.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, pensijilan dan piawaian halal Malaysia kini menjadi penanda aras global bagi negara-negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPensijilan dan piawaian Malaysia kini menjadi rujukan global. Ini satu lagi kejayaan yang sepatutnya dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia,\u201d katanya.-29\/8\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiga pencapaian penting dalam ekonomi Malaysia yang disifatkannya sebagai \u2018unsung wins\u2019 (kejayaan tidak didendang), namun perlu menjadi kebanggaan rakyat negara ini. Ketua Pakar Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Dr Apurva Sanghi berkata, pencapaian pertama ialah pengurangan kadar kemiskinan yang ketara sejak kemerdekaan. Beliau berkata hampir separuh daripada penduduk Malaysia dianggap miskin 10 tahun selepas kemerdekaan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13045,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-13039","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13039","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13039"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13039\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13041,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13039\/revisions\/13041"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13045"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13039"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13039"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13039"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}