{"id":13125,"date":"2025-09-03T07:38:52","date_gmt":"2025-09-02T23:38:52","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=13125"},"modified":"2025-09-03T07:38:54","modified_gmt":"2025-09-02T23:38:54","slug":"hubungan-china-malaysia-erat-dan-berterusan-xi-jinping","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=13125","title":{"rendered":"Hubungan China-Malaysia erat dan berterusan &#8211; Xi Jinping"},"content":{"rendered":"\n<p>Presiden China, Xi Jinping menyifatkan hubungan rapat antara China dan Malaysia sebagai erat, ibarat air yang sentiasa mengalir.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, hubungan China-Malaysia yang terjalin sejak lebih 50 tahun lalu, menyaksikan kedua-dua negara bekerjasama menuju pemodenan.<\/p>\n\n\n\n<p>Jinping juga mengakui kehangatan sambutan rakyat Malaysia ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur meninggalkan kesan mendalam kepadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cChina dan Malaysia berkongsi persahabatan yang lama terjalin, erat seperti air yang mengalir.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejak hubungan diplomatik terjalin lebih setengah abad lalu, kedua-dua negara sentiasa berdiri teguh bersama menghadapi perubahan landskap antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201c(Kedua-dua negara) berjalan seiring menuju pemodenan dan berjaya membuka lembaran baharu hubungan \u2019emas 50 tahun\u2019 China-Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kunjungan hormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Great Hall of the People malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/malaysia-china1000-600x400.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-13127\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/malaysia-china1000-600x400.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/malaysia-china1000-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/malaysia-china1000-768x512.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/malaysia-china1000.jpg 1000w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Jinping menitipkan pesanan kepada Anwar untuk menyampaikan salam hormat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, ketika lawatan beliau pada April lalu, kedua-dua negara mencapai kesepakatan membina komuniti strategik peringkat tinggi China-Malaysia dan berkongsi masa depan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cChina sedia bekerjasama dengan Malaysia untuk memajukan pembinaan komuniti strategik peringkat tinggi China-Malaysia dengan masa depan bersama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni demi memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang kepada keamanan serta pembangunan serantau dan global,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Jinping dan Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berada di China untuk lawatan kerja selama empat hari, lawatan keempatnya sejak 2023.<\/p>\n\n\n\n<p>Di Tianjin, beliau menghadiri dan menyampaikan ucapan pada Sidang Kemuncak SCO Plus 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, beliau mempengerusikan siri mesyuarat bersama peneraju industri utama China.<\/p>\n\n\n\n<p>Esok pula, beliau dijadualkan bertemu pemimpin dunia lain di Dataran Tiananmen bagi menyaksikan perbarisan Hari Kemenangan China.-3\/9\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden China, Xi Jinping menyifatkan hubungan rapat antara China dan Malaysia sebagai erat, ibarat air yang sentiasa mengalir. Beliau berkata, hubungan China-Malaysia yang terjalin sejak lebih 50 tahun lalu, menyaksikan kedua-dua negara bekerjasama menuju pemodenan. Jinping juga mengakui kehangatan sambutan rakyat Malaysia ketika lawatan beliau ke Kuala Lumpur meninggalkan kesan mendalam kepadanya. \u201cChina dan Malaysia [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13126,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[106],"tags":[],"class_list":["post-13125","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-yang-viral"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13125","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13125"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13125\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13128,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13125\/revisions\/13128"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13126"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13125"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13125"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13125"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}