{"id":13493,"date":"2025-09-16T08:32:00","date_gmt":"2025-09-16T00:32:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=13493"},"modified":"2025-09-17T01:24:35","modified_gmt":"2025-09-16T17:24:35","slug":"malaysia-gesa-negara-islam-putus-hubungan-diplomasi-dengan-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=13493","title":{"rendered":"Malaysia gesa negara Islam putus hubungan diplomatik dengan Israel"},"content":{"rendered":"\n<p>Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap Doha, Qatar yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ia tindakan biadab terhadap negara yang berdaulat dan provokasi yang membahayakan keselamatan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini satu tindakan sabotaj terhadap usaha perdamaian yang digerakkan Qatar bawah kepimpinan Emir, Sheikh Tamim Hamad Al Thani.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Serangan itu pastinya serangan terancang yang tidak ada negara yang terselamat daripada keganasan Zionis Israel,&#8221; kata Perdana Menteri ketika berucap dalam Sidang Kemuncak Tergempar negara Arab dan Islam di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Seri Anwar turut menzahirkan kebimbangan terhadap kekejaman Israel yang semakin meluas hingga pengeboman dibuat ke atas Lubnan, Syria, Yaman, Iraq dan Iran.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perbuatan zalim itu menggambarkan sikap biadab Israel yang menghina asas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa,&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Israel terus meningkatkan keganasan tanpa dihukum,\u201d tegasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Malaysia sambut baik muafakat yang ditunjukkan Qatar serta negara-negara Islam dalam menegaskan kecaman terhadap kekejaman rejim Zionis Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata gesaan semata-mata tidak memadai, sebaliknya perlu disusuli tindakan tegas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara langkah munasabah yang boleh kita lakukan ialah, pertama, memutuskan segala hubungan diplomatik dengan Israel, sebagaimana yang telah dimulakan oleh beberapa negara Arab.<\/p>\n\n\n\n<p>Kedua, menghentikan semua urusan dagangan dengan Israel,\u201d katanya kepada pemberita pada sidang media sebelum Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Doha, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, negara-negara Islam juga perlu menggunakan segala ruang dan kebijaksanaan diplomatik, khususnya dengan negara yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bagi memastikan segala keputusan yang dibuat selari dengan undang-undang antarabangsa, Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta tuntutan kemanusiaan sejagat.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegas beliau, isu Gaza bukan lagi sekadar soal Palestin semata-mata, tetapi turut membabitkan negara lain termasuk Qatar, Syria, Iraq, Iran dan Lebanon.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sempena Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober depan juga akan dimanfaatkan untuk menyampaikan dengan jelas pendirian Malaysia dalam menuntut keadilan untuk Gaza dan Palestin.-16\/9\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel terhadap Doha, Qatar yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ia tindakan biadab terhadap negara yang berdaulat dan provokasi yang membahayakan keselamatan serantau. &#8220;Ini satu tindakan sabotaj terhadap usaha perdamaian yang digerakkan Qatar bawah kepimpinan Emir, Sheikh Tamim Hamad Al Thani. &#8220;Serangan itu pastinya [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13494,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-13493","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13493","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13493"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13493\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13512,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13493\/revisions\/13512"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13494"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13493"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13493"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13493"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}