{"id":1358,"date":"2023-12-09T07:16:52","date_gmt":"2023-12-08T23:16:52","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=1358"},"modified":"2023-12-09T07:16:53","modified_gmt":"2023-12-08T23:16:53","slug":"wahab-kemuka-saman-tuntut-chegubard-hakim-ramlee-mohon-maaf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=1358","title":{"rendered":"Wahab kemuka saman, tuntut Chegubard, Hakim Ramlee mohon maaf"},"content":{"rendered":"\n<p>Kakitangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul kadir Jilani mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM, Hakim Ramlee dan ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.<\/p>\n\n\n\n<p>Peguamnya, Faizal Rahman berkata kedua-dua individu terbabit diberi tempoh 48 jam bagi menjawab surat tuntutan saman terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeberapa perkara (berhubung tuntutan saman Abdul Wahab) antaranya (tuntutan) permohonan maaf dan ganti rugi dan masa diberikan 48 jam untuk kedua-dua mereka menjawab tuntutan yang dikemukakan,\u201d katanya ketika dihubungi Malaysiakini.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, Faizal tidak memaklumkan jumlah ganti rugi yang dituntut oleh anak guamnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Faizal berkata demikian mengulas surat tuntutan yang dikemukakan Abdul Wahab hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, memetik laporan media Abdul Wahab mengemukakan tuntutan saman berhubung penularan video perbualan lucah individu mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM, Mohammad Agus Yusoff dan dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p>Video berkenaan tular sejak 17 November lalu dan menjadi topik hangat di media sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM, namun mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada sidang media khas berhubung isu itu, Abdul Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.-9\/12\/2023<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kakitangan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul kadir Jilani mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengarah Bahagian Latihan dan Pendidikan J-KOM, Hakim Ramlee dan ahli jawatankuasa penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard. Peguamnya, Faizal Rahman berkata kedua-dua individu terbabit diberi tempoh 48 jam bagi menjawab surat tuntutan saman terbabit. \u201cBeberapa perkara (berhubung<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1359,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-1358","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1358","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=1358"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1358\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1360,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/1358\/revisions\/1360"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1359"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=1358"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=1358"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=1358"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}