{"id":13622,"date":"2025-09-23T22:47:32","date_gmt":"2025-09-23T14:47:32","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=13622"},"modified":"2025-09-23T22:47:42","modified_gmt":"2025-09-23T14:47:42","slug":"jangan-bimbangkerajaan-tidak-akan-hadkan-pembelian-ron95-sekali-sehari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=13622","title":{"rendered":"Jangan bimbang\u2026kerajaan tidak akan hadkan pembelian RON95 sekali sehari"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Siapa yang tidak gamat bila dengar cerita nanti adanya peraturan yang boleh merumitkan orangramai  dalam perlaksanaan subsidi RON95.<\/p>\n\n\n\n<p>Jangan bimbang&#8230;yang pasti laporan beberapa media menyebut kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari adalah tidak betul.<\/p>\n\n\n\n<p>Kementerian Kewangan (MoF) pada Selasa telah mengeluarkan satu kenyataan segera untuk menafikan laporan beberapa media mengenai hal berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kenyataan itu menegaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan sama sekali untuk mengehadkan pembelian bahan bakar tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun Kerajaan sedang meneliti langkah untuk mengelakkan penyalahgunaan subsidi RON95, Budi Madani RON95 (BUDI95) dilaksanakan dengan hasrat untuk memastikan keperluan harian rakyat Malaysia dapat dipenuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHad pembelian sekali sehari jelas tidak selaras dengan tujuan tersebut,\u201d kata kementerian itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu beberapa media yang memetik Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa pengguna tidak dibenarkan membeli RON95 banyak kali dalam sehari.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kerajaan menetapkan siling kelayakan 300 liter sebulan bagi RON95 kepada setiap rakyat Malaysia dengan harga subsidi RM1.99 seliter yang berkuat kuasa mulai 30 September.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara tu Amir Hamzah ketika taklimat media BUDI95 hari ini memaklumkan kerajaan sedang memperhalusi mekanisme had penggunaan harian BUDI95 kerana tidak mahu berlakunya risiko ketirisan.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, katanya, mekanisme itu juga pada masa sama tidak boleh memberikan bebanan atau menimbulkan permasalahan kepada rakyat yang ingin menggunakan subsidi bersasar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Buat masa ini kerajaan masih mempertimbang mekanisme penggunaan harian. Kita tidak mahu berikan syarat yang ketat.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mungkin mekanisme penggunaan harian adalah seperti tidak membenarkan seseorang itu mengisi setiap 10 minit kerana berkemungkinan akan guna untuk kepentingan lain seperti bagi individu lain pakai yang timbulkan ketirisan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Atau mungkin dalam sehari ada had gunaan. Tapi yang itu nanti kita akan perhalusi bila kita dah selesa, dengan mekanisme ini tidak akan menyusahkan rakyat dengan cara yang sepatutnya,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu beliau mempertahankan keputusan kerajaan mengekalkan subsidi petrol RON95 kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan, dengan menegaskan sistem sedia ada masih membawa penjimatan bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Amir Hamzah berkata demikian sebagai menjawab kritikan bahawa subsidi kepada golongan berpendapatan tinggi wajar dihentikan bagi memaksimumkan penjimatan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan sentiasa mengambil kira realiti dihadapi rakyat. Dengan sistem yang ada sekarang, kita masih mencapai penjimatan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata penting untuk tidak memandang remeh nilai penjimatan itu, walaupun jumlahnya mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdakah RM2.5 bilion kecil atau besar? Setiap ringgit dijimatkan akan digunakan dengan cara lain untuk memberi manfaat kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada awalnya, kerajaan menganggarkan penjimatan sehingga RM8 bilion daripada rasionalisasi subsidi RON95, namun menteri itu semalam menjelaskan jumlah penjimatan tahunan dijangka sekitar RM2.5 bilion hingga RM4 bilion.- 23\/9\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siapa yang tidak gamat bila dengar cerita nanti adanya peraturan yang boleh merumitkan orangramai dalam perlaksanaan subsidi RON95. Jangan bimbang&#8230;yang pasti laporan beberapa media menyebut kerajaan akan mengehadkan pembelian RON95 kepada sekali sehari adalah tidak betul. Kementerian Kewangan (MoF) pada Selasa telah mengeluarkan satu kenyataan segera untuk menafikan laporan beberapa media mengenai hal berkenaan. Kenyataan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13623,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-13622","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13622","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13622"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13622\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13624,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13622\/revisions\/13624"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13623"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13622"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13622"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13622"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}