{"id":13690,"date":"2025-09-26T06:28:53","date_gmt":"2025-09-25T22:28:53","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=13690"},"modified":"2025-09-26T06:28:55","modified_gmt":"2025-09-25T22:28:55","slug":"australia-new-zealand-rakan-ekonomi-paling-penting-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=13690","title":{"rendered":"Australia, New Zealand rakan ekonomi paling penting ASEAN"},"content":{"rendered":"\n<p>ASEAN menegaskan Australia dan New Zealand kekal sebagai antara rakan ekonomi paling penting bagi blok serantau itu, khususnya dalam bidang pelaburan dan perdagangan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, hubungan yang terjalin sejak hampir 50 tahun lalu mencerminkan kedalaman kerjasama serta kepercayaan yang dibina antara pihak terbabit.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam suasana dinamik global yang sentiasa berubah, perkongsian ini mencerminkan komitmen ASEAN untuk terus mempromosikan keterbukaan, ketahanan dan keterangkuman dalam kerangka serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPerbincangan berterusan akan memperkukuh kerjasama bukan sahaja dalam perdagangan dan pelaburan, tetapi juga inovasi, kelestarian dan pertumbuhan berteraskan rakyat,\u201d katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perundingan ke-30 Hubungan Ekonomi Lebih Rapat ASEAN-Australia-New Zealand (AEM\u2013CER) di Kuala Lumpur pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, mesyuarat turut memberi ruang untuk mendengar pandangan Dewan Perniagaan ASEAN\u2013Australia dan Majlis Perniagaan ASEAN\u2013New Zealand, khususnya dalam menambah baik pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA).<\/p>\n\n\n\n<p>Agenda lain termasuk pelaksanaan Program Sokongan, cadangan pakej komunikasi 2025, serta perbincangan mengenai ekonomi digital, perkembangan serantau dan global, selain reformasi Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia, Don Farrell, menzahirkan penghargaan terhadap kepimpinan Malaysia sebagai tuan rumah, selain menekankan nilai kerjasama berasaskan kepercayaan dalam menangani cabaran perdagangan global.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan sokongan terhadap pengukuhan AANZFTA yang dilihat memberi manfaat kepada sektor perniagaan rantau ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Menteri Perdagangan dan Pelaburan serta Menteri Pertanian dan Perhutanan New Zealand, Todd McClay, mengulangi komitmen negaranya terhadap pasaran terbuka dan sistem perdagangan berasaskan peraturan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyifatkan peningkatan AANZFTA sebagai asas kepada daya tahan serantau dan peluang perniagaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPencapaian melalui AANZFTA jelas menunjukkan apa yang boleh direalisasikan apabila kita bekerjasama secara praktikal dan berpandangan jauh,\u201d katanya.-26\/9\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ASEAN menegaskan Australia dan New Zealand kekal sebagai antara rakan ekonomi paling penting bagi blok serantau itu, khususnya dalam bidang pelaburan dan perdagangan. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, hubungan yang terjalin sejak hampir 50 tahun lalu mencerminkan kedalaman kerjasama serta kepercayaan yang dibina antara pihak terbabit. \u201cDalam suasana [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13691,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-13690","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13690","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13690"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13690\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13692,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13690\/revisions\/13692"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13691"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13690"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13690"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13690"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}