{"id":13804,"date":"2025-10-01T21:50:19","date_gmt":"2025-10-01T13:50:19","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=13804"},"modified":"2025-10-01T21:50:20","modified_gmt":"2025-10-01T13:50:20","slug":"pm-bagi-tabik-hormat-pada-keberanian-sprm-bertindak-kes-berprofail-tinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=13804","title":{"rendered":"PM bagi tabik hormat pada keberanian SPRM bertindak kes berprofail tinggi\u2026"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Saya salute kepada keberanian saudara-saudara\u2026&#8221; itu antara kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membakar semangat wargakerja SPRM di Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 agar terus menjadi badan penguatkuasaan yang berkesan dan berani dalam usaha membenteras rasuah dan penyelewengan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengiktiraf keberanian SPRM kebelakangan ini bertindak terhadap pemimpin berprofil tinggi, termasuk menteri dan tokoh berpengaruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam sejarah negara, belum pernah ada tindakan menyeluruh seperti yang dilakukan sekarang. SPRM telah menggoncang negara dengan keberanian untuk bertindak tanpa gentar,\u201d katanya di majlis berkenaan yang berlangsung di Putrajaya pada Rabu..<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyifatkan ia sebagai pencapaian besar yang membanggakan rakyat dan membuktikan SPRM berada di landasan tepat.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menegaskan perjuangan membanteras rasuah memerlukan keberanian luar biasa kerana ia melibatkan musuh besar dengan kepentingan bernilai berbilion ringgit.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, tindakan menahan pesalah rasuah kecil bernilai ribuan ringgit tidak memberi risiko tinggi, namun kes membabitkan tokoh berpengaruh dan kekayaan ratusan juta ringgit jauh lebih mencabar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau tangkap orang di pejabat daerah kerana ambil RM1,000 hingga RM5,000 itu tidak berisiko. Tetapi kalau kes melibatkan ratusan juta, malah berbilion ringgit, musuh yang dihadapi bukan calang-calang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Baginya adalah aneh apabila ada pihak termasuk dalam Dewan Rakyat (pembangkang) mempertikaikan tindakan SPRM menahan individu tertentu dengan alasan mereka berjasa atau sudah tidak sihat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemua orang ada jasa, hatta tukang cuci juga ada jasa. Kalau begitu alasan, firaun pun pernah memberi makan kepada ribuan pekerjanya setiap hari. Jadi jasa tidak boleh dijadikan alasan menutup perbuatan rasuah,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menegaskan perjuangan menentang rasuah bukan soal dendam peribadi atau kepentingan politik, sebaliknya tanggungjawab menyelamatkan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cYang penting ialah keberanian untuk bertindak. Jika kita biarkan, negara akan terus rosak akibat budaya ketirisan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar menyeru seluruh warga SPRM mengekalkan semangat keberanian yang ditunjukkan selama ini demi membersihkan negara daripada gejala rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBukan mudah untuk berdepan risiko dan ancaman besar. Tetapi saya dan rakan-rakan dalam kerajaan memberi sokongan penuh agar kerja baik ini diteruskan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan SPRM perlu kekal menjadi tonggak utama dalam memastikan martabat negara dipelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, semua jentera kerajaan serta rakyat harus menggembleng tenaga mendukung usaha SPRM bagi mengekang rasuah daripada terus menular.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHanya dengan kekuatan politik, keberanian institusi dan kecekapan penguatkuasaan, idealisme Malaysia sebagai negara bersih dapat dipertahankan,\u201d ujarnya.- 1\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Saya salute kepada keberanian saudara-saudara\u2026&#8221; itu antara kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membakar semangat wargakerja SPRM di Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-58 agar terus menjadi badan penguatkuasaan yang berkesan dan berani dalam usaha membenteras rasuah dan penyelewengan. Beliau mengiktiraf keberanian SPRM kebelakangan ini bertindak terhadap pemimpin berprofil tinggi, termasuk menteri dan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4491,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-13804","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13804","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=13804"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13804\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13805,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/13804\/revisions\/13805"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/4491"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=13804"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=13804"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=13804"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}