{"id":14240,"date":"2025-10-21T10:02:37","date_gmt":"2025-10-21T02:02:37","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14240"},"modified":"2025-10-21T10:03:34","modified_gmt":"2025-10-21T02:03:34","slug":"masuk-pas-antara-pilihan-geng-hamzah-yang-dikenakan-tindakan-dalam-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14240","title":{"rendered":"Masuk PAS antara pilihan geng Hamzah yang dikenakan tindakan dalam BERSATU"},"content":{"rendered":"\n<p>Panas\u2026 panas\u2026 Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak dan terbuka dengan cadangan menyertai PAS demi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBoleh (sertai PAS). \u2018Unequivocal\u2019 dengan cadangan tersebut, maksudnya ia sebagai \u2018option\u2019,\u201d katanya dalam episod The Zaid Ibrahim Podcast baru-baru ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika ditanya bersediakah dia bersama kumpulan penyokong Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Hamzah Zainudin menyertai PAS sebagai alternatif jika kemelut kepimpinan dalam parti berlarutan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU yang digantung keahlian parti selama satu penggal itu berpandangan bahawa ahli Bersatu perlu melakukan pembetulan semula secara kolektif bagi memulihkan kepercayaan rakyat, sekali gus mengembalikan perpaduan dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Wan Fayhsal turut mendakwa penggantungannya berpunca daripada masalah politik dalaman yang sudah lama berlaku, termasuk tindakannya mengkritik secara terbuka proses pemilihan parti yang menurutnya \u2018terlalu kotor\u2019 serta banyak berlaku \u2018silap mata\u2019.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau sebelum ini di media sosial turut menegur tindakan beberapa pemimpin yang menjalankan program jelajah dengan membelakangi timbalan presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya digantung sebab saya bantah perjalanan pemilihan. Saya menegur secara beradab beberapa perkara di media (sosial) dengan mengajukan soalan, apabila dibuat satu (program) jelajah BERSATU, tak jemput Timbalan Presiden \u2026 yang pergi Setiausaha Agung dan naib-naib presiden.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTidak ada pemakluman dalam mesyuarat MPT tentang program parti yang bersifat nasional,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal turut mendedahkan, usul menamakan Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri ke-11 juga tidak dipersetujui oleh majoriti ketua bahagian BERSATU.<\/p>\n\n\n\n<p>Tegas beliau, tindakan sedemikian dilihat mendahului PAS, tidak menjaga sensitiviti rakan kongsi dalam PN.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam keadaan BERSATU paling lemah \u2026 BERSATU amat bergantung ihsan PAS di kawasan masing-masing. Jadi kita perlu menghormati dan memahami sensitiviti PAS,\u201d katanya yang mahu parti fokus untuk menang bukan siapa \u2018poster boy\u2019. -21\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Panas\u2026 panas\u2026 Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak menolak dan terbuka dengan cadangan menyertai PAS demi memperkukuh gabungan pembangkang di peringkat akar umbi. \u201cBoleh (sertai PAS). \u2018Unequivocal\u2019 dengan cadangan tersebut, maksudnya ia sebagai \u2018option\u2019,\u201d katanya dalam episod The Zaid Ibrahim Podcast baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya bersediakah dia bersama [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14241,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-14240","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14240","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14240"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14240\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14242,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14240\/revisions\/14242"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14241"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14240"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14240"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14240"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}