{"id":14297,"date":"2025-10-23T06:56:11","date_gmt":"2025-10-22T22:56:11","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14297"},"modified":"2025-10-23T06:58:34","modified_gmt":"2025-10-22T22:58:34","slug":"trump-dijangka-umum-sesuatu-yang-besar-di-kuala-lumpur","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14297","title":{"rendered":"Trump dijangka umum &#8216;sesuatu yang besar&#8217; di Kuala Lumpur"},"content":{"rendered":"\n<p>Tak datang saja\u2026 Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka membawa pengumuman besar sempena kehadiran beliau di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Williams Business Consultancy Sdn Bhd Geoffrey Williams berkata beliau menjangkakan beberapa pengumuman pelaburan baharu oleh syarikat-syarikat AS sempena lawatan Presiden itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengumuman itu kemungkinan berkaitan dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) penuh dengan AS, yang sekali gus dijangka memansuhkan tarif timbal balas,\u201d katanya dipetik Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai tarif, William berharap akan ada berita baik berkaitan duti sifar bagi produk semikonduktor memandangkan syarikat semikonduktor terkemuka Micron Technology Inc yang berpangkalan di Pulau Pinang adalah firma milik AS.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa ini, AS mengenakan tarif sebanyak 19 peratus ke atas eksport dari Malaysia, namun produk seperti semikonduktor masih dikecualikan daripada tarif tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNadir bumi juga merupakan bidang penting, dan berkemungkinan wujud peluang usaha sama baharu dengan syarikat AS dalam sektor itu,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"400\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/aseanlawa-600x400.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14300\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/aseanlawa-600x400.jpeg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/aseanlawa-300x200.jpeg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/aseanlawa-768x512.jpeg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/aseanlawa.jpeg 1024w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Mengulas mengenai lawatan Trump ke Malaysia \u2014 yang merupakan kunjungan pertamanya ke Asia selepas menjadi Presiden AS buat kali kedua pada Januari 2025, serta lawatan pertama oleh Presiden AS ke negara ini sejak Barack Obama pada 2015 \u2014 Williams berkata beliau mengambil pendekatan untuk menunggu perkembangan lanjut sebelum membuat sebarang penilaian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAntara hasil positif yang diharapkan ialah lebih banyak perjanjian perdagangan dan pelaburan dengan AS, selain pengurangan tarif timbal balik serta peraturan bukan tarif.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebaliknya, jika tiada perkembangan baharu atau AS mengambil pendirian lebih tegas \u2014 khususnya terhadap penghantaran semula barangan dari China melalui negara ASEAN \u2014 ia dianggap satu kerugian,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, menurut William, lawatan Trump dijangka mengukuhkan keyakinan terhadap hubungan baik antara Malaysia dan AS, serta ASEAN dan AS, selain memberi ruang untuk memperkukuh kerjasama perdagangan serta pelaburan antara kedua-dua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAS, sedang berusaha mendapatkan kelonggaran terhadap sekatan bukan tarif, dan sekiranya perkara itu dapat dicapai, lawatan ini merupakan masa yang sesuai untuk mengumumkannya serta membincangkan semula pengurangan tarif timbal balik,\u201d kata beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dengan tema \u201cKeterangkuman dan Kemampanan\u201d, akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dari 26 hingga 28 Oktober ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Acara itu bakal menghimpunkan pemimpin tertinggi daripada 10 negara anggota ASEAN bersama rakan dialog utama termasuk AS, China, Korea Selatan, Jepun dan India.<\/p>\n\n\n\n<p>AS kekal sebagai antara rakan dagang utama Malaysia sejak beberapa dekad lalu. Bagi tempoh Januari hingga September 2025, eksport Malaysia ke AS meningkat 18.2 peratus tahun ke tahun kepada RM166.38 bilion, dipacu oleh penghantaran lebih tinggi bagi produk elektrik dan elektronik (E&amp;E), jentera, kelengkapan dan alat ganti, serta makanan diproses.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, import dari AS pula meningkat 11.2 peratus tahun ke tahun kepada RM104.50 bilion, manakala jumlah dagangan Malaysia-AS berkembang 15.4 peratus tahun ke tahun kepada RM270.88 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini. -23\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tak datang saja\u2026 Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka membawa pengumuman besar sempena kehadiran beliau di Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Ahad. Pengarah Williams Business Consultancy Sdn Bhd Geoffrey Williams berkata beliau menjangkakan beberapa pengumuman pelaburan baharu oleh syarikat-syarikat AS sempena lawatan Presiden itu. \u201cPengumuman itu kemungkinan berkaitan dengan perjanjian perdagangan bebas (FTA) penuh [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14298,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-14297","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14297","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14297"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14297\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14302,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14297\/revisions\/14302"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14298"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14297"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14297"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14297"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}