{"id":14313,"date":"2025-10-24T07:04:41","date_gmt":"2025-10-23T23:04:41","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14313"},"modified":"2025-10-24T07:04:42","modified_gmt":"2025-10-23T23:04:42","slug":"jangan-di-klcc-polis-cadang-padang-merbok-jadi-lokasi-himpunan-bantah-trump","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14313","title":{"rendered":"Jangan di KLCC\u2026 Polis cadang Padang Merbok jadi lokasi Himpunan Bantah Trump"},"content":{"rendered":"\n<p>Penganjur Himpunan Bantah Trump sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dinasihatkan tidak meneruskan rancangan tersebut demi menjaga imej negara dan keselamatan delegasi antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun jika penganjur berhasrat untuk terus mengadakan himpunan tersebut, pihak polis menawarkan lokasi alternatif iaitu Padang Merbok.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ketika sidang bukan masa sesuai untuk sebarang perhimpunan kerana semua keutamaan ditumpukan kepada aspek keselamatan dan protokol negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPolis menasihati supaya perhimpunan itu tidak diteruskan kerana kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) diklasifikasikan sebagai zon kawalan keselamatan dan menjadi tumpuan utama delegasi luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenganjuran seperti itu tidak sesuai ketika Malaysia menjadi tuan rumah kerana boleh menjejaskan imej negara serta mengganggu kelancaran sidang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena persiapan dan raptai Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di KLCC, pada Khamis.<\/p>\n\n\n\n<p>Persidangan kali ini juga dijangka menjadi penganjuran terbesar sejak edisi pertamanya pada tahun 1976.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"339\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/padangmerbok-600x339.webp\" alt=\"\" class=\"wp-image-14315\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/padangmerbok-600x339.webp 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/padangmerbok-300x169.webp 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/padangmerbok-768x434.webp 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/padangmerbok-390x220.webp 390w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/padangmerbok.webp 960w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Mohd Khalid berkata, pihaknya sudah menjalankan sesi libat urus dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan hasrat untuk berhimpun bagi menyampaikan bantahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPDRM menasihatkan supaya ia tidak diadakan di kawasan KLCC. Sekiranya mereka masih berhasrat untuk berhimpun, kita mencadangkan supaya lokasi dialihkan ke kawasan lebih sesuai seperti Padang Merbok,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, perhimpunan besar di sekitar KLCC boleh menjejaskan kawalan keselamatan serta mengganggu pergerakan konvoi dan urusan protokol delegasi antarabangsa yang menghadiri sidang berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bukan menghalang hak berhimpun, tetapi meminta kerjasama semua pihak supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini adalah acara kemuncak bagi Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia tahun ini bertemakan \u2018Keterangkuman dan Kemampanan\u2019.-24\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penganjur Himpunan Bantah Trump sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dinasihatkan tidak meneruskan rancangan tersebut demi menjaga imej negara dan keselamatan delegasi antarabangsa. Bagaimanapun jika penganjur berhasrat untuk terus mengadakan himpunan tersebut, pihak polis menawarkan lokasi alternatif iaitu Padang Merbok. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14314,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-14313","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14313","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14313"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14313\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14316,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14313\/revisions\/14316"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14314"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14313"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14313"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14313"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}