{"id":14381,"date":"2025-10-27T06:49:30","date_gmt":"2025-10-26T22:49:30","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14381"},"modified":"2025-10-27T06:50:08","modified_gmt":"2025-10-26T22:50:08","slug":"14381","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14381","title":{"rendered":"Masuk ASEAN&#8230; Timor-Leste ucap terima kasih dengan air mata"},"content":{"rendered":"\n<p>Malaysia menyifatkan kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN sebagai detik bersejarah dan momen paling menyentuh hati dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau terharu melihat reaksi wartawan Timor-Leste yang berterima kasih kepada Malaysia selepas negara itu diterima sebagai anggota baharu ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Selesai acara, saya pergi ke International Media Center dan saya bertemu wartawan-wartawan Timor-Leste.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Mereka berlinang air mata, sangat berterima kasih kepada Malaysia, kepada Perdana Menteri, kepada kita semua kerana akhirnya setelah 14 tahun mereka mencuba, mereka diterima sebagai negara ke-11 dalam ASEAN,&#8221; katanya pada sidang media selepas majlis penutupan RIUH x ASEAN 2025 di Stadium Merdeka, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"600\" height=\"399\" src=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/fahmi-timor-600x399.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-14383\" srcset=\"https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/fahmi-timor-600x399.jpg 600w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/fahmi-timor-300x200.jpg 300w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/fahmi-timor-768x511.jpg 768w, https:\/\/x-press.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/fahmi-timor.jpg 1000w\" sizes=\"auto, (max-width: 600px) 100vw, 600px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata, kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN adalah simbol kekuatan diplomasi Malaysia yang berperanan penting mengemudi perubahan besar dalam kerjasama serantau dan global.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Hari ini sangat bersejarah kerana hadirnya pelbagai pemimpin dunia di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ini membuktikan Malaysia boleh menjadi nakhoda yang baik mengemudi perubahan besar dalam diplomasi dunia,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu Harian Metro melaporkan, suasana di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pagi ini bertukar sebak apabila kira-kira 30 delegasi dari Timor-Leste termasuk wakil media, mengalirkan air mata kegembiraan selepas negara itu secara rasmi diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Sekumpulan wakil pemberita dari negara itu turut bersorak dan berpelukan sebaik momen bersejarah itu disahkan semasa sesi rasmi sidang kemuncak berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Detik bersejarah itu dimuktamadkan apabila Timor-Leste menyerahkan Instrumen Penyertaan kepada Piagam ASEAN serta Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ), sekali gus mengesahkan penyertaannya sebagai ahli penuh ASEAN.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Timor-Leste, Xanana Gusmao turut menyampaikan ucapan ringkas sejurus selepas pengumuman rasmi diterima, menyifatkannya sebagai satu kemenangan besar buat rakyat negaranya selepas perjuangan panjang selama lebih dua dekad.-27\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia menyifatkan kemasukan Timor-Leste sebagai negara anggota ke-11 ASEAN sebagai detik bersejarah dan momen paling menyentuh hati dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di ibu negara, pada Ahad. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau terharu melihat reaksi wartawan Timor-Leste yang berterima kasih kepada Malaysia selepas negara itu diterima sebagai anggota baharu ASEAN. &#8220;Selesai [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14382,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-14381","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14381","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14381"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14381\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14386,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14381\/revisions\/14386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14381"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14381"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14381"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}