{"id":14393,"date":"2025-10-27T07:11:41","date_gmt":"2025-10-26T23:11:41","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14393"},"modified":"2025-10-27T07:11:55","modified_gmt":"2025-10-26T23:11:55","slug":"fb-anwar-dibanjiri-ucapan-penghargaan-rakyat-kemboja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14393","title":{"rendered":"FB Anwar dibanjiri ucapan penghargaan rakyat Kemboja"},"content":{"rendered":"\n<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, pada Ahad.<\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara untuk perjanjian bersejarah berkenaan yang bertujuan memulihkan kestabilan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Terima kasih atas usaha gigih anda membantu kami,&#8221; tulis pengguna Facebook, Keo Dalis.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi pengguna, Hei Nail menulis, &#8220;Terima kasih atas usaha untuk mewujudkan perdamaian,&#8221; manakala Teav Kim Leamg pula membuat hantaran, &#8220;Saya rakyat Kemboja. Terima kasih atas kebaikan anda yang sentiasa membantu dan menyokong Kemboja mencapai keamanan.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Ramai pengguna menyifatkan perjanjian damai itu sebagai lembaran baharu bagi keharmonian serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Hantaran itu yang menerima lebih 4,900 komen turut menyaksikan rakyat Malaysia memberikan pujian terhadap kepimpinan Anwar dalam memupuk keamanan dan diplomasi serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang pengguna menulis, &#8220;Ramai kawan saya dari Kemboja dan Thai like bila saya kongsi tentang ini hari ini \u2026 tahniah PMX,&#8221; manakala seorang lagi mendoakan perjanjian itu membawa &#8220;manfaat kepada rakyat dan negara.&#8221;<\/p>\n\n\n\n<p>Perjanjian damai berkenaan yang dimeterai di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 itu menandakan langkah penting dalam usaha membina semula kepercayaan dua hala antara Thailand dan Kemboja selepas pertelingkahan sekian lama.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia, selaku pengerusi ASEAN memainkan peranan sebagai perantara dalam memudah cara rundingan yang membawa kepada perjanjian bersejarah berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, dalam ruangan komen hantaran yang sama Anwar menyifatkan peristiwa berkenaan sebagai &#8220;detik bersejarah&#8221; untuk diplomasi ASEAN serta kesinambungan daripada gencatan senjata yang dipersetujui di Putrajaya pada 28 Julai.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar turut menzahirkan penghargaan kepada rakan serantau dan antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang telah membantu meyakinkan Kemboja dan Thailand untuk berdamai.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga menekankan pentingnya untuk memperluas agenda keamanan ke wilayah lain yang dilanda konflik, khususnya Gaza supaya keadilan dan kemanusiaan dapat dikembalikan sebagai teras orde dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Perjanjian damai itu menjadi bukti bahawa suara ASEAN semakin berpengaruh sebagai penghubung keamanan, membuktikan yang kesederhanaan dan dialog mampu menyelesaikan pertikaian,&#8221; kata beliau.-27\/10\/2025 -BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima banyak ucapan penghargaan daripada rakyat Kemboja menerusi media sosial susulan pemeteraian Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja, pada Ahad. Rata-rata hantaran yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar dan Pejabat Perdana Menteri, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas peranan Malaysia sebagai pemudah cara untuk perjanjian bersejarah berkenaan yang [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14394,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-14393","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14393","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14393"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14393\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14396,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14393\/revisions\/14396"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14393"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14393"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14393"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}