{"id":14412,"date":"2025-10-28T06:45:31","date_gmt":"2025-10-27T22:45:31","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14412"},"modified":"2025-10-28T06:45:32","modified_gmt":"2025-10-27T22:45:32","slug":"pdrm-gagalkan-26-cubaan-serangan-pengganas-sejak-2016","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14412","title":{"rendered":"PDRM gagalkan 26 cubaan serangan pengganas sejak 2016"},"content":{"rendered":"\n<p>Tahukah anda\u2026 dalam diam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggagalkan 26 cubaan kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan di negara ini, dalam tempoh sembilan tahun sejak 2016 hingga tahun ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati semua rancangan serangan itu sudah berada pada fasa akhir ketika berjaya dikesan polis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAda yang sudah menyiapkan bahan letupan, bom tangan, malah ada juga yang sudah bersiap dengan senjata api.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNamun kita (Malaysia) beruntung kerana ada satu pasukan iaitu E8 Cawangan Khas PDRM yang bertindak dengan cepat,\u201d katanya ketika ditemui selepas sesi wacana bersama Yayasan Pembangunan Buku Kebangsaan (NBDF) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di sini, malam ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut, Ayob berkata, polis turut melakukan banyak tangkapan di negara ini, khususnya selepas insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada 17 Mei tahun lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBaru-baru ini pun polis menangkap warga asing yang ada elemen pengganas dan dikenal pasti terbabit dalam kumpulan IS.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita dapat maklumat perisikan dan kita dapat memastikan tindakan awal diambil sebelum mereka melancarkan serangan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, masyarakat mungkin menganggap tangkapan itu biasa kerana serangan tidak berlaku dan mereka tidak tahu polis menggagalkan serangan yang dirancang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKalau kita gagal kesan peringkat awal, ia akan memberikan impak besar kepada masyarakat dan selepas itu barulah mereka tahu bagaimana seriusnya ancaman pengganas di Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi, semua 26 cubaan serangan itu dikenal pasti dirancang pengganas yang ada kaitan dengan kumpulan IS.-28\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tahukah anda\u2026 dalam diam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menggagalkan 26 cubaan kumpulan pengganas untuk melancarkan serangan di negara ini, dalam tempoh sembilan tahun sejak 2016 hingga tahun ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan mendapati semua rancangan serangan itu sudah berada pada fasa akhir ketika berjaya dikesan polis.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1265,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-14412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14413,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14412\/revisions\/14413"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/1265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}