{"id":14489,"date":"2025-10-31T06:25:18","date_gmt":"2025-10-30T22:25:18","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14489"},"modified":"2025-10-31T06:25:40","modified_gmt":"2025-10-30T22:25:40","slug":"malaysia-dapat-bekalan-elektrik-dari-singapura-thailand-ketika-kecemasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14489","title":{"rendered":"Malaysia dapat bekalan elektrik dari Singapura, Thailand ketika kecemasan"},"content":{"rendered":"\n<p>Tahukah anda&#8230; Singapura dan Thailand telah mengeksport bekalan elektrik masing-masing pada kapasiti 500 megawatt (MW) dan 300 MW ke Malaysia sewaktu insiden gangguan bekalan elektrik pada 15 Oktober lalu&#8230;? <\/p>\n\n\n\n<p>Pertama kali mendedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata inisiatif itu adalah antara bukti keberkesanan pelaksanaan Grid Kuasa Asean (APG) yang dapat menyokong sistem bekalan Malaysia pada waktu kritikal atas semangat kerjasama serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPelaksanaan APG adalah satu inisiatif amat penting bagi rantau Asean yang membolehkan keselamatan (keterjaminan) bekalan Malaysia dan negara serantau dapat dipertingkatkan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Media sebelum ini melaporkan gangguan bekalan elektrik besar dilaporkan berlaku di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang pada petang 15 Oktober, akibat gangguan di Loji Janakuasa Edra Power Plant, di Melaka.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara kawasan yang terjejas ialah di Petaling Jaya, Damansara Heights, Mont Kiara, serta beberapa bahagian lain di Kuala Lumpur.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Fadillah berkata kerajaan akan melancarkan Program Solar Berskala Besar (LSS 6) pada awal 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram LSS 6 adalah kesinambungan LSS 5 dan 5+ yang telah menyumbang sebanyak 3.9 gigawatt dengan jumlah pelaburan RM12 bilion, selain menyediakan sebanyak 23,400 peluang pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerajaan juga akan memperkenalkan kuota tambahan 300 MW bagi biogas, biojisim dan hidro kecil di bawah feed-in tariff (tarif galakan) yang dijangka beroperasi seawal 2028, manakala Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baru Korporat (CRESS) pula dijangka dilaksanakan dengan kapasiti penjanaan 500 MW,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Fadillah berkata kerajaan Malaysia juga secara dasarnya bersetuju tenaga nuklear menjadi salah satu sumber penjanaan tenaga elektrik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDari perspektif ekonomi, walaupun pembangunan loji janakuasa nuklear memerlukan kos permulaan atau modal tinggi, namun kos penjanaan elektrik jangka panjang (COE) adalah kompetitif dengan jangka hayat operasi yang panjang dan menjangkau tempoh 40-60 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebarang keputusan kerajaan mengenai pembinaan loji janakuasa nuklear hanya akan dibuat setelah semua prasyarat keselamatan, pengawal seliaan, teknikal, dasar, ekonomi dan sosial dipenuhi sepenuhnya bagi menjamin kepentingan dan keselamatan negara,\u201d katanya.-31\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tahukah anda&#8230; Singapura dan Thailand telah mengeksport bekalan elektrik masing-masing pada kapasiti 500 megawatt (MW) dan 300 MW ke Malaysia sewaktu insiden gangguan bekalan elektrik pada 15 Oktober lalu&#8230;? Pertama kali mendedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata inisiatif [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14490,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-14489","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14489","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14489"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14489\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14491,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14489\/revisions\/14491"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14490"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14489"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14489"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14489"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}