{"id":14513,"date":"2025-10-31T23:55:44","date_gmt":"2025-10-31T15:55:44","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14513"},"modified":"2025-10-31T23:56:36","modified_gmt":"2025-10-31T15:56:36","slug":"soalan-panas-punya-halmenteri-nga-kor-ming-vs-wartawan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14513","title":{"rendered":"Soalan panas punya hal\u2026Menteri Nga Kor Ming VS wartawan"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Kontroversi isu soalan wartawan Utusan pasal pengunaan bahasa semasa sidang akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di Kuala Lumpr pada 29 Oktober sebenarnya boleh berlalu bagitu saja tanpa riuh rendah yang mengegarkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini jika orang kuat DAP itu tidak cepat panas telinga dengan prasangka yang bukan bukan dan sebaliknya melayannya secara diplomasi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kalau ikut jalan ceritanya rasanya tidak ada salah silap wartawan berkenaan mempersoalkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tema projek \u2018I Lite U\u2019 sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang dianjurkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekalipun ia bertujuan menarik pelancong antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai Menteri dan orang politik Kor Ming tentu sedar tentang kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Penjelasan beliau bahawa penggunaan bahasa Inggeris untuk tema sesuai kerana projek itu adalah bagi menarik pelancong antarabangsa\u2026boleh diterima dan ada lojiknya.<\/p>\n\n\n\n<p>Apa yang jelas bikin rosak dan membuat ramai orang media naik angin ialah tindakan Kor Ming yang seterusnya memberitahu akan menghubungi ketua pengarang akhbar berkenaan untuk komplen mengenai soalan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malah dalam komen selepas itu Kor Ming mendakwa ia menunjukkan bahawa wartawan terbabit cuba menimbulkan masalah dan memalukan negara di hadapan media asing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagaimanapun, masih ada seorang wartawan yang sengaja bertanya mengapa slogan kempen itu tidak dalam bahasa Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Kontroversi pasal soalan panas wartawan bukanlah cerita baru.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari masa ke semasa..secara sengaja atau tidak\u2026ada saja kes Menteri atau orang politik yang &#8216;melompat&#8217; bila berdepan dengan soalan yang buat rasa kurang enak.<\/p>\n\n\n\n<p>Rasa kurang senang terhadap gelagat Kor Ming telah merebak sakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain kalangan wartawan sendiri kritikan terhadap Naib Pengerusi DAP itu juga bergema dari tokoh tokoh politik penyokong kerajaan dan pembangkang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kontroversi terbaru ini telah mendorong Menteri Komunikasi Datuk Fahi Fadzil selaku jurucakap kerajaan menegaskan pendirian rasmi kerajaan dalam hal soalan wartawan kepada Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Bercakap dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Jumaat beliau memberitahu isu berkenaan telah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya bagi kerajaan pengamal media termasuk wartawan berhak bertanyakan apa jua soalan kepada menteri.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Apa jua soalan, mereka menjalankan tugas sebagai wartawan.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Setiap jawapan ataupun respon yang diberikan oleh menteri perlulah disampaikan dengan berhemah serta berlandaskan prinsip keterbukaan di samping saling menghormati antara media dan juga pihak kerajaan,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi berkata, sebelum mesyuarat berlangsung Kor Ming telah memberi penjelasan kepadanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBeliau telah menyampaikan pandangan dan saya turut menyatakan pendirian yang sama dalam mesyuarat. Saya serahkan kepada beliau untuk memberi respon lanjut,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketika ditanya sama ada menteri berkenaan akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada wartawan terbabit, Fahmi berkata perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada Ahli Parlimen Teluk Intan berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya percaya masih ada ruang untuk beliau bertemu dengan pihak Utusan Malaysia bagi menjernihkan keadaan,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi turut menegaskan kerajaan tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan yang menghadkan interaksi antara wartawan dan pegawai kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tidak tahu mengenai hal itu. Apa yang saya nyatakan dalam mesyuarat ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri terbuka menerima sebarang soalan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendirian kerajaan tetap sama wartawan berhak bertanya apa jua soalan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) petang Jumaat beritahu ia menghargai sumbangan media tempatan dan antarabangsa melalui liputan yang diberikan serta menghormati kebebasan wartawan untuk mengemukakan pertanyaan sepanjang sidang media.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun ia berpendirian pihak yang menjawab soalan juga wajar diberikan ruang untuk memberi maklum balas kepada setiap persoalan yang diajukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, teguran secara berhemah bagi memastikan ketepatan fakta dan kefahaman bersama juga adalah kaedah kebersamaan demi mencapai objektif program serta dasar kerajaan,\u201d katanya.- 31\/10\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kontroversi isu soalan wartawan Utusan pasal pengunaan bahasa semasa sidang akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di Kuala Lumpr pada 29 Oktober sebenarnya boleh berlalu bagitu saja tanpa riuh rendah yang mengegarkan. Ini jika orang kuat DAP itu tidak cepat panas telinga dengan prasangka yang bukan bukan dan sebaliknya melayannya secara [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14515,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-14513","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14513","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14513"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14513\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14514,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14513\/revisions\/14514"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14515"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}