{"id":14565,"date":"2025-11-03T09:11:59","date_gmt":"2025-11-03T01:11:59","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14565"},"modified":"2025-11-03T09:12:01","modified_gmt":"2025-11-03T01:12:01","slug":"babah-filem-terbaik-festival-filem-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14565","title":{"rendered":"Babah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p>Filem \u201cBabah\u201d dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, Takluk: Lahad Datu, Reversi serta Blood Brothers: Bara Naga.<\/p>\n\n\n\n<p>Anugerah utama itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dengan diiringi Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Datuk Hans Isaac serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan itu sahaja, pelakon utama filem berkenaan, Qi Razali dan Sweet Qismina masing-masing berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki serta Wanita Terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Babah turut memenangi trofi lakon layar terbaik, Cerita Asal Terbaik dan pengarahnya, Mohd Shah Faizul Ibrahim pula menggondol trofi Pengarah Harapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, filem yang turut memberi saingan sengit iaitu Blood Brothers: Bara Naga juga memenangi enam kategori iaitu Anugerah Khas Filem Box Office, Lagu Tema Terbaik, Skor Muzik Asal Terbaik, Sinematografi Terbaik, Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua filem iaitu Ejen Ali The Movie 2 dan Takluk: Lahad Datu menerima Anugerah Khas Juri manakala produksi FFM34 menganugerahkan pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar trofi Khas Sepanjang Zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Bertemakan \u201cKarya Kreatif, Sinema Dinamik\u201d, setiap pemenang FFM34 menerima wang tunai RM5,000 dan trofi, manakala pemenang Anugerah Khas menerima RM10,000 dan trofi.<\/p>\n\n\n\n<p>Berikut senarai pemenang FFM34:<\/p>\n\n\n\n<pre class=\"wp-block-code\"><code>Filem Terbaik: Babah (Nads Media Entertainment Sdn Bhd)\n\nPengarah Terbaik: Syafiq Yusof &amp; Abhilash Chandra (Blood Brothers: Bara Naga)\n\nPengarah Harapan: Shah Faizal (Babah)\n\nCerita Asal Terbaik: Nadia Nadzri (Babah)\n\nLakon Layar Terbaik: Wan Rafiq (Babah)\n\nPelakon Lelaki Terbaik: Qi Razali (Babah)\n\nPelakon Wanita Terbaik: Sweet Qismina (Babah)\n\nPelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Syafiq Kyle &amp; Syazwan Zulkifly (Blood Brothers: Bara Naga)\n\nPelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ellie Suriaty (Telaga Suriram)\n\nPelakon Lelaki Harapan: Amir Ahnaf (Kahar: Kapla High Council)\n\nPelakon Wanita Harapan: Michelle Lungan (Tegkang)\n\nPelakon Kanak-Kanak Terbaik: Puteri Rafasya (Telaga Suriram)\n\nAnugerah Khas Juri 1: Ejen Ali The Movie 2\n\nAnugerah Khas Juri 2: Takluk: Lahad Datu\n\nAnugerah Khas Karyawan: Hassan Muthalib\n\nAnugerah Khas Sepanjang Zaman: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar\n\nAksi dan Lagak Ngeri Terbaik: Defenderz Action Team (Blood Brothers: Bara Naga)\n\nPenyunting Terbaik: Ariff Aiman Azahar, Nazifdin Nasrudin &amp; Syafiq Yusof (Soloz: Game Of Life)\n\nSinematografi Terbaik: Nicholas Chin (Blood Brothers: Bara Naga)\n\nPenataan Seni Terbaik: Wan Zulkifli Wan Salleh (Kulit Wayang)\n\nPenataan Bunyi Terbaik: Mohsin Othman &amp; Technica Studios (Soloz: Game Of Life)\n\nPenyunting Terbaik: Soloz: Game Of Life\n\nLagu Tema Terbaik: Bara Jiwa (Blood Brothers: Bara Naga)\n\nSkor Muzik Asal Terbaik: Soloz: Game Of Life\n\nKesan Khas Visual Terbaik: Jehcob &amp; Sam (Soloz: Game Of Life)\n\nPoster Terbaik: Arst (Tegkang)\n\nRekaan Kostum\/Busana Terbaik: Farah Syaliq (Mencari Ramlee)\n\nTatarias\/Solekan Terbaik: Ella Sandera (Takluk: Lahad Datu\n\nFilem Pendek Terbaik: Rastech Worldwide Sdn Bhd (Saranghae)\n\nDokumentari Terbaik: Media Prima Berhad (Rindu Tak Berpenghujung)<\/code><\/pre>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Filem \u201cBabah\u201d dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, malam tadi. Kejayaan itu melayakkan filem berkenaan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM1 juta dan trofi. Kemenangan itu sekali gus menundukkan empat lagi finalis dalam kategori sama iaitu Soloz: Game of Live, [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14566,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-14565","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14565","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14565"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14565\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14567,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14565\/revisions\/14567"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14566"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14565"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14565"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14565"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}