{"id":14576,"date":"2025-11-04T06:28:26","date_gmt":"2025-11-03T22:28:26","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14576"},"modified":"2025-11-04T06:48:44","modified_gmt":"2025-11-03T22:48:44","slug":"fifa-tolak-rayuan-kekal-hukuman-untuk-fam-dan-pemain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14576","title":{"rendered":"FIFA tolak rayuan\u2026 kekal hukuman untuk FAM dan pemain"},"content":{"rendered":"\n<p>Jalan mati\u2026 Jawatankuasa Rayuan FIFA hari ini mengekalkan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen kewarganegaraan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan FIFA, jawatankuasa itu memaklumkan keputusan rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan pemain-pemain terbabit telah ditolak selepas sesi pendengaran dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara hukuman yang dikekalkan ialah denda CHF 350,000 (RM1.9 juta) terhadap FAM, manakala tujuh pemain \u2014 Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tom\u00e1s Garc\u00e9s, Rodrigo Juli\u00e1n Holgado, Imanol Javier Machuca, Jo\u00e3o Vitor Brand\u00e3o Figueiredo, Jon Iraz\u00e1bal Iraurgui dan H\u00e9ctor Alejandro Hevel Serrano, masing-masing dikenakan denda CHF 2,000 serta penggantungan 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.<\/p>\n\n\n\n<p>FIFA menyatakan, hukuman itu dibuat selepas siasatan mendapati berlaku pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berhubung kesalahan pemalsuan dan penipuan dokumen.<\/p>\n\n\n\n<p>FAM dan pemain-pemain terbabit telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut, dan mempunyai tempoh 10 hari untuk memohon salinan keputusan bersebab (motivated decision) selain tempoh 21 hari untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sekiranya ingin membuat rayuan lanjut.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Jawatankuasa Tatatertib FIFA menjatuhkan hukuman berkenaan selepas mendapati beberapa pemain \u2018warisan\u2019 Malaysia menggunakan dokumen tidak sah dalam proses pendaftaran pada September lalu.<\/p>\n\n\n\n<p>Kes itu turut mencetuskan siasatan dalaman oleh FAM serta perhatian daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), berikutan kesannya terhadap reputasi bola sepak tempatan.-4\/11\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jalan mati\u2026 Jawatankuasa Rayuan FIFA hari ini mengekalkan hukuman yang dikenakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain yang terlibat dalam isu pemalsuan dokumen kewarganegaraan. Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan FIFA, jawatankuasa itu memaklumkan keputusan rayuan yang dikemukakan oleh FAM dan pemain-pemain terbabit telah ditolak selepas sesi pendengaran dijalankan. Antara hukuman yang dikekalkan ialah &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13719,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-14576","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14576","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14576"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14576\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14577,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14576\/revisions\/14577"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/13719"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14576"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14576"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14576"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}