{"id":14666,"date":"2025-11-08T15:39:41","date_gmt":"2025-11-08T07:39:41","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14666"},"modified":"2025-11-11T17:56:32","modified_gmt":"2025-11-11T09:56:32","slug":"pm-selesai-tuntutan-ma63-dengan-perbincangan-bukan-berperang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14666","title":{"rendered":"PM: Selesai tuntutan MA63 dengan perbincangan, bukan \u2018berperang\u2019"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyelesaian tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan melalui perbincangan dan rundingan yang rasional, bukannya melalui konfrontasi, \u2018berperang\u2019 atau perselisihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata kerajaan Madani komited menyelesaikan tuntutan itu secara menyeluruh, antaranya melalui perbincangan dan rundingan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekarang pun kita sedang berbincang. Fadillah mengetuai jawatankuasa teknikal, kita adakan mesyuarat untuk bincang bersama. Jika setuju, kita laksanakan; jika tidak, bincang semula dan undi lagi. Inilah cara kita bekerjasama, bukan untuk \u2018berperang\u2019,\u201d katanya ketika berucap pada Program Rancakkan Madani di Kota Kinabalu hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa, serta lebih 2,000 peserta program termasuk pelajar universiti dan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai tuntutan pemulangan hasil 40 peratus untuk Sabah, Perdana Menteri menyeru semua pihak supaya mendalami dan memahami perkara tersebut terlebih dahulu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya tadi (melawat) Jalan Gaya, dengar jeritan tentang hasil 40 peratus Sabah. Dengarlah dulu, fahami dulu. Memang terkandung dalam MA63, tetapi tiga tahun lalu (sejak kerajaan Madani mentadbir), kita sudah membincangkannya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 23 Okt lepas, Fadillah menyatakan bahawa 13 daripada 29 tuntutan MA63 telah dikategorikan sebagai selesai.<\/p>\n\n\n\n<p>Menjelas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan Persekutuan membelanjakan RM17 bilion setahun bagi Sabah, termasuk peruntukan bagi pendidikan, kesihatan dan keselamatan serta pembangunan infrastruktur seperti sekolah dan klinik kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dia berkata jumlah peruntukan itu jauh melebihi hasil negeri berjumlah sekitar RM10 billion setahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita ambil hasil RM10 bilion, kita beri kembali RM17 bilion. Sebab apa? Kerana ini hasil kerjasama antara Persekutuan dan negeri. Kita gunakan hasil untuk membangunkan semua negeri di Malaysia. Sabah sedikit ketinggalan, jadi kita bantu lebih.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKelantan, Perlis, walaupun ditadbir pembangkang, kita tetap bantu. Selesaikan masalah banjir setiap tahun pun kita belanjakan berbilion ringgit. Sebab tugas kita menjaga Malaysia \u2014 anak Sabah, Kelantan, Perlis, semuanya anak Malaysia. Kita mahu semua hidup dengan baik dan bahagia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar berkata bahawa dalam usaha membangunkan negara, Malaysia memerlukan kepimpinan yang berwibawa dan mampu menyatukan rakyat pelbagai etnik bagi terus memperkukuh perpaduan nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Katanya, kehebatan sebenar seorang pemimpin tidak bergantung kepada kekuatan untuk bertempur, sebaliknya terletak pada kesanggupan bekerjasama dan mengikat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai latar belakang.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Kalau hebat seorang pemimpin Murut, Kadazan atau Dayak, ataupun Bugis atau Suluk, kehebatannya terserlah melalui kesanggupannya untuk bekerjasama dan memperkukuh perpaduan dalam kalangan kita,&#8221; katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri turut menegaskan komitmen kerajaan Madani untuk terus bekerja keras bagi kepentingan rakyat, walaupun dia bukan lagi muda seperti dahulu. &#8211; Bernama &#8211; 9\/11\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa penyelesaian tuntutan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dilaksanakan melalui perbincangan dan rundingan yang rasional, bukannya melalui konfrontasi, \u2018berperang\u2019 atau perselisihan. Anwar berkata kerajaan Madani komited menyelesaikan tuntutan itu secara menyeluruh, antaranya melalui perbincangan dan rundingan dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Fadillah [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14667,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-14666","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14666","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14666"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14666\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14668,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14666\/revisions\/14668"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14667"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14666"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14666"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14666"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}