{"id":14872,"date":"2025-11-17T08:03:07","date_gmt":"2025-11-17T00:03:07","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14872"},"modified":"2025-11-17T08:03:08","modified_gmt":"2025-11-17T00:03:08","slug":"fahmi-ketuai-delegasi-malaysia-ke-wtdc-25-di-baku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14872","title":{"rendered":"Fahmi ketuai delegasi Malaysia ke WTDC-25 di Baku"},"content":{"rendered":"\n<p>Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) yang berlangsung mulai Ahad sehingga 19 November.<\/p>\n\n\n\n<p>Persidangan anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dengan Azerbaijan sebagai tuan rumah itu bertemakan &#8220;Universal, Meaningful and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future&#8221;.<\/p>\n\n\n\n<p>Persidangan tersebut dijangka menghimpunkan lebih 1,500 peserta termasuk ketua negara, menteri dan delegasi kanan dari seluruh dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi dijadual menyampaikan kenyataan Malaysia pada sesi peringkat tinggi persidangan berkenaan pada Selasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dijangka mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawat dari Azerbaijan, Bahamas, Brazil, Bulgaria, India, Iran, Samoa, Afrika Selatan, Uganda dan Uzbekistan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau juga akan menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman (MoU) antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Agensi Telekomunikasi Nasional Brazil (ANATEL).<\/p>\n\n\n\n<p>Fahmi turut dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Ketua Delegasi Negara Ahli ITU dan bertemu komuniti Malaysia di Azerbaijan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan beliau dalam WTDC-25 merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia mengekalkan kerusi sebagai ahli Majlis ITU bagi penggal 2027\u20132030.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Persidangan Peringkat Tinggi World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) di Geneva pada 9 Julai lepas, Fahmi secara rasmi mengumumkan pencalonan Malaysia untuk pemilihan semula ke majlis tersebut, sekali gus menekankan komitmen negara terhadap peranan aktif dalam organisasi itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Malaysia kini merupakan ahli Majlis ITU bagi penggal 2023\u20132026, yang membolehkan negara terlibat dalam pembentukan dasar strategik serta mewakili kepentingan rantau Asia dalam pembangunan telekomunikasi dan infrastruktur digital.<\/p>\n\n\n\n<p>ITU merupakan agensi khusus Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam bidang telekomunikasi dan teknologi digital, bertanggungjawab memperuntukkan spektrum frekuensi radio, membangunkan piawaian antarabangsa serta merapatkan jurang digital di seluruh dunia.-17\/11\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Pembangunan Telekomunikasi Sedunia 2025 (WTDC-25) yang berlangsung mulai Ahad sehingga 19 November. Persidangan anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) dengan Azerbaijan sebagai tuan rumah itu bertemakan &#8220;Universal, Meaningful and Affordable Connectivity for an Inclusive and Sustainable Digital Future&#8221;. Persidangan tersebut dijangka menghimpunkan lebih 1,500 peserta termasuk [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14873,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"class_list":["post-14872","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-suara-pembaca"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14872","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14872"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14872\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14874,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14872\/revisions\/14874"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14873"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14872"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14872"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14872"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}