{"id":14940,"date":"2025-11-19T14:55:00","date_gmt":"2025-11-19T06:55:00","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14940"},"modified":"2025-11-19T20:59:03","modified_gmt":"2025-11-19T12:59:03","slug":"prn-grs-yakin-menang-lebih-40-daripada-55-kerusi-ditandingi-hajiji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14940","title":{"rendered":"PRN: GRS yakin menang lebih 40 daripada 55 kerusi ditandingi &#8211; Hajiji\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<h2 class=\"wp-block-heading\">\u00a0<\/h2>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin mampu memenangi lebih 40 daripada 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov\u00a0ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor&nbsp;berkata keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera parti, sokongan padu akar umbi dan kerjasama mantap yang ditunjukkan oleh semua parti komponen dalam gabungan tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMemang kita sasarkan lebih banyak kerusi dan kita yakin dapat mempertahankan kerajaan kerana majoriti mudah memerlukan lebih daripada 37 kerusi&#8230;&nbsp;insya-Allah, kita bertanding di 55 kawasan dan kita&nbsp;yakin boleh memperoleh lebih daripada 40 (kerusi).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cInsya-Allah, kita juga boleh pertahankan kedua-dua kerusi DUN Klias dan Lumadan\u00a0ini,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Bersama\u00a0Rakyat\u00a0 dalam siri kempen\u00a0<em>Rumah Kita, Kita Jaga\u00a0<\/em>GRS di kedua-dua DUN di Dataran Bagandang Beaufort, Rabu.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Hajiji ketika berucap memuji rekod perkhidmatan calon GRS di kawasan berkenaan&nbsp;iaitu Datuk Isnin Aliasnih @ Liasnih (DUN Klias) dan Datuk Ruslan Muharam (DUN Lumadan) yang telah berusaha membawa perubahan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari ini saya datang untuk berkempen bagi kedua-dua calon kita&#8230; rekod mereka sebagai wakil rakyat selama lima tahun amat baik dan meyakinkan, sebab itu kita pilih mereka sekali lagi&nbsp;kerana kita tahu mereka mampu membawa lebih banyak kemajuan di Klias dan Lumadan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMereka mungkin tidak tahu&nbsp;tetapi saya ada rekod apa yang telah mereka lakukan sepanjang lima tahun menjadi wakil rakyat, begitu hebat usaha mereka,\u201d katanya sambil menyeru pengundi agar memberikan mandat baharu kepada kedua-dua calon berkenaan.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau juga berkata GRS merupakan sebuah kerajaan yang adil dengan&nbsp;melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan tanpa mengira keturunan, suku kaum atau kepercayaan sepanjang lima tahun mentadbir&nbsp;sekali gus memastikan manfaatnya dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Hajiji berkata semua perancangan pembangunan telah digariskan dengan jelas melalui empat teras utama yang menjadi asas hala tuju pentadbiran GRS&nbsp;termasuk sektor pertanian, perindustrian, pelancongan serta pembangunan modal insan dan pendidikan.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Menteri Sabah itu turut menekankan komitmen kerajaan terhadap peningkatan taraf hidup rakyat, termasuk peluang pekerjaan menerusi projek industri baharu yang diperkenal.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita bukan bercakap tinggi tetapi bukti nyata yang menunjukkan Sabah lebih maju berbanding sebelum ini kerana selepas COVID-19, kita memulihkan ekonomi melalui dasar Hala Tuju Sabah Maju Jaya, dan hasilnya dapat dilihat dalam semua sektor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cContohnya, Taman Perindustrian SOGIP di Sipitang sudah penuh walaupun masih di peringkat awal&#8230;&nbsp;perjanjian dengan&nbsp;syarikat-syarikat besar telah dimeterai dan ini akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat Beaufort, Klias dan Lumadan,\u201d katanya yang turut mengumumkan pemberian dua mesin dialisis tambahan bagi kedua-dua kawasan untuk keperluan penduduk.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8212; BERNAMA -19\/11\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u00a0 Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yakin mampu memenangi lebih 40 daripada 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov\u00a0ini. Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor&nbsp;berkata keyakinan itu bersandarkan kekuatan jentera parti, sokongan padu akar umbi dan kerjasama mantap yang ditunjukkan oleh semua parti komponen dalam [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14941,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-14940","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14940","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14940"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14940\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14942,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14940\/revisions\/14942"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14941"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14940"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14940"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14940"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}