{"id":14948,"date":"2025-11-20T06:25:53","date_gmt":"2025-11-19T22:25:53","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14948"},"modified":"2025-11-20T06:26:10","modified_gmt":"2025-11-19T22:26:10","slug":"kanak-kanak-rusia-maut-disengat-ubur-ubur-di-pantai-chenang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14948","title":{"rendered":"Kanak-kanak Rusia maut disengat ubur-ubur di Pantai Chenang"},"content":{"rendered":"\n<p>Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah.<\/p>\n\n\n\n<p>Bapa kanak-kanak itu, Nikita Iakubanets, 32, berkata anaknya Vladimir disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di hospital itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAnak saya telah terkena kesan racun ubur-ubur yang menjejaskan jantungnya. Doktor juga berkata yang anak saya mengalami kecederaan sangat teruk di kakinya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMenurut doktor, kecederaan itu disebabkan oleh sengatan ubur-ubur dan ia adalah ubur-ubur kotak atau box jellyfish,\u201d katanya ketika ditemui pemberita di sebuah hotel di sini hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Nikita yang ditemai isterinya Olga, 32, berkata pasukan perubatan di HSB telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan anaknya dan merakamkan penghargaan di atas usaha mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Menceritakan kejadian pada pagi Sabtu lepas, Nikita berkata dia bersama isteri dan anaknya sedang mandi di Pantai Chenang sebelum anaknya menjerit kesakitan.<\/p>\n\n\n\n<p>Nikita berkata isterinya kemudian mengangkat anak mereka ke pantai dan cuba memberikan bantuan pernafasan sebelum membawanya ke sebuah klinik berhampiran.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata anaknya kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi sebelum dihantar ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut keesokannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Nikita berkata ini merupakan kali pertama mereka sekeluarga ke Langkawi dan Malaysia selepas tiba pada 14 Nov serta bercadang berada di negara ini hingga 26 Nov.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Olga berkata dia dan suaminya bercadang untuk membawa pulang abu mayat anak mereka ke Khabarovsk, Rusia.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDia (Vladimir) adalah wira kami. Setiap hari kami memberitahunya bahawa kami menyayanginya,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak warga Rusia berusia dua tahun dimasukkan ke hospital selepas dikatakan disengat ubur-ubur dalam kejadian di Pantai Chenang, Langkawi, pada Sabtu.-20\/11\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia berusia dua tahun yang dilaporkan disengat ubur-ubur di Pantai Chenang, Langkawi Sabtu lepas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar Kedah. Bapa kanak-kanak itu, Nikita Iakubanets, 32, berkata anaknya Vladimir disahkan meninggal dunia pada 9.46 pagi tadi selepas empat hari menerima rawatan di hospital itu. \u201cAnak saya telah &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14949,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-14948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14950,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14948\/revisions\/14950"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14949"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}