{"id":14988,"date":"2025-11-22T15:08:23","date_gmt":"2025-11-22T07:08:23","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=14988"},"modified":"2025-11-24T18:56:10","modified_gmt":"2025-11-24T10:56:10","slug":"nurul-izzah-jadi-mb-tiada-perbincangan-dibuat-kata-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=14988","title":{"rendered":"KEMASKINI : Amirudin tegaskan akan kekal MB Selangor hingga habis penggal"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi menegaskan beliau akan kekal menerajui kepimpinan negeri itu sehingga penggal pentadbiran tamat.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata tiada rombakan kabinet akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTinggal setahun (untuk habis penggal) dan kalau nak rombak barisan exco, kita perlukan masa lagi. Setakat ini tidak ada lagi idea atau sebarang bayangan untuk itu,\u201d katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Selangor 2025-2035 di Foyer Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, di Shah Alam hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Amirudin berkata nama Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang disebut sebagai calon Menteri Besar hanyalah sebagai cadangan dan masih perlu dibincangkan, selain perlu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSekarang ini kita lontarkan sebagai satu pilihan. Jadi kalau pilihan itu diterima, Alhamdullillah. Kalau tidak mungkin kita perlu kenal pasti alternatif lain.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain itu, semua exco kita layak antaranya Najwan (Mohd Najwan Halimi, Fahmi (Dr Mohamad Fahmi Ngah), Borhan (Datuk Borhan Aman Shah) dan Izham (Datuk Izham Hashim) pun layak untuk (menjadi Menteri Besar),\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Amirudin berkata perancangan bagi perubahan jawatan penting dibuat secara terancang dan bukan secara tergempar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Selangor pada masa ini perlu mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menjadi syarat utama sebelum sebarang perbincangan mengenai jawatan untuk mentadbir pada penggal seterusnya dibuat.<\/p>\n\n\n\n<p>Amirudin sebelum ini dilaporkan mengakui telah mencadangkan Nurul Izzah dilantik bagi menggantikannya sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau dalam program audio siar \u201cKeluar Sekejap\u201d yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Sufian Hamdan baru-baru ini berkata cadangan itu pernah disuarakan kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk menerima atau sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\">\n<li>Bernama &#8211; 24\/11\/2025<\/li>\n<\/ul>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p><strong>Nurul Izzah jadi MB: Tiada perbincangan dibuat, kata PM<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan mengenai kemungkinan Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cItu pandangan beliau (Amirudin Shari). Dia tidak berbincang dengan saya pun,\u201d katanya ketika diminta mengulas saranan Menteri Besar Selangor itu supaya Nurul Izzah menggantikan tempatnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Amirudin sebelum ini dilaporkan berkata dia telah menyampaikan cadangan tersebut kepada Nurul Izzah dan terpulang kepadanya untuk membuat keputusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai kesediaan Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak menerima tanggungjawab di peringkat Persekutuan, Anwar menjawab: \u201cPilihan raya bila? Masih lama lagi\u2026 kita bincang kemudian.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Anwar juga enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kemungkinan rombakan kabinet.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRombakan itu bagi mengisi kekosongan. Boleh cadangkan beberapa nama? Saya akan pertimbangkan,\u201d katanya secara berseloroh ketika ditanya mengenai perkara itu selepas menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Johannesburg.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas pandangan bahawa Amirudin bersedia menyertai pentadbiran Persekutuan, Anwar berkata: \u201cItu satu jawatan sahaja. Sekurang-kurangnya ada tiga kekosongan.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, dalam sesi soal jawab, Anwar yang juga Presiden PKR menyambut baik cadangan supaya kerajaan menubuhkan Pusat Pengajian Afrika bagi memperluas pemahaman terhadap 54 negara di benua tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya akan pertimbangkan. Cadangan yang baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita ada Pengajian Eropah, kita memahami sejarah Amerika, dan kita biasa dengan tamadun India, tetapi kita kurang memahami Afrika secara keseluruhan, termasuk Amerika Latin,\u201d kata Anwar yang berada di Johannesburg bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai gesaan supaya lebih banyak pelaburan Malaysia dibawa ke benua Afrika, Anwar berkata komuniti perniagaan merupakan pihak terbaik untuk meneroka peluang dan membuat keputusan komersial.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeranan kerajaan adalah menggalakkan dan memudah cara,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu dalam ucapannya, Anwar menggesa rakyat Malaysia di luar negara untuk sentiasa memberikan yang terbaik dan tidak cepat berpuas hati.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLakukan yang terbaik. Kita perlu menimba ilmu, tetapi bukan sekadar memperoleh atau menyerap ilmu. Kita juga mesti komited menyebarkan perkara yang benar, yang betul dan yang adil,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8211; Bernama- 22\/11\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sekali lagi menegaskan beliau akan kekal menerajui kepimpinan negeri itu sehingga penggal pentadbiran tamat. Beliau berkata tiada rombakan kabinet akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut. \u201cTinggal setahun (untuk habis penggal) dan kalau nak rombak barisan exco, kita perlukan masa lagi. Setakat ini tidak ada lagi idea atau sebarang bayangan [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14990,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76,1],"tags":[],"class_list":["post-14988","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus","category-uncategorized"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14988","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=14988"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14988\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15028,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/14988\/revisions\/15028"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/14990"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=14988"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=14988"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=14988"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}