{"id":15462,"date":"2025-12-10T20:06:59","date_gmt":"2025-12-10T12:06:59","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=15462"},"modified":"2025-12-10T20:07:47","modified_gmt":"2025-12-10T12:07:47","slug":"kes-sulu-keputusan-mahkamah-paris-kemenangan-besar-buat-malaysia-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=15462","title":{"rendered":"Kes Sulu: Keputusan Mahkamah Paris kemenangan besar buat Malaysia &#8211; Azalina"},"content":{"rendered":"\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya &#8216;Award Akhir&#8217; dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kemenangan itu bukan sahaja kejayaan undang-undang, malah kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia terutama rakyat Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Bagi pihak War Room Sekretariat Khas Sulu, saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakan-rakan Kabinet Kerajaan MADANI, pasukan perundangan Jabatan Peguam Negara (AGC), Wisma Putra, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) serta semua agensi kerajaan yang berganding bahu dalam menjalankan amanah demi kepentingan rakyat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>&#8220;Ia membuktikan iltizam Kerajaan MADANI mempertahankan negara dengan berprinsip dan berpaksikan undang-undang,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p><br>Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya &#8216;Award Akhir&#8217; yang dikeluarkan oleh penimbang tara Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022, dan mengarahkan penuntut Sulu membayar kos berjumlah \u20ac200,000 kepada Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>War Room Sekretariat Khas Sulu yang bertindak bagi pihak Kerajaan Malaysia mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris disampaikan pada 9 Disember, dan kerajaan menerima penghakiman rasmi berkenaan pada awal pagi tadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah mendapati Stampa tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengeluarkan &#8216;Award Akhir&#8217; itu kerana tiada perjanjian timbang tara yang sah mengikat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Mahkamah Rayuan Paris sebelum ini telah menolak pengiktirafan dan pelaksanaan &#8216;Partial Award&#8217; pada 6 Jun 2023, dan Mahkamah Agung Perancis mengekalkan keputusan itu pada 6 November 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum ini, lapan warganegara Filipina yang mendakwa waris Kesultanan Sulu yang telah pupus memulakan prosiding timbang tara di Sepanyol, menuntut pampasan berjumlah berbilion terhadap Malaysia berhubung Sabah.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada Mac 2019, sebuah mahkamah di Madrid melantik Stampa sebagai penimbang tara bagi kes berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada 28 Februari 2022, Stampa mengeluarkan &#8216;Award Akhir&#8217; berjumlah AS$14.9 bilion memihak penuntut, melalui proses timbang tara yang tidak sah kerana pelantikannya telah dibatalkan oleh mahkamah Sepanyol. \u2013 BERNAMA -10\/12\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Keputusan Mahkamah Rayuan Paris membatalkan sepenuhnya &#8216;Award Akhir&#8217; dalam tuntutan pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah disifatkan sebagai kemenangan besar kepada negara. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kemenangan itu bukan sahaja kejayaan undang-undang, malah kemenangan maruah, kedaulatan dan hak seluruh rakyat Malaysia [&#8230;]\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15463,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[76],"tags":[],"class_list":["post-15462","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-fokus"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15462","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15462"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15462\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15464,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15462\/revisions\/15464"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15463"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15462"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15462"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15462"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}