{"id":15550,"date":"2025-12-13T06:46:43","date_gmt":"2025-12-12T22:46:43","guid":{"rendered":"https:\/\/x-press.my\/?p=15550"},"modified":"2025-12-13T06:46:45","modified_gmt":"2025-12-12T22:46:45","slug":"trump-telefon-anwar-bincang-konflik-kemboja-thailand","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/x-press.my\/?p=15550","title":{"rendered":"Trump telefon Anwar bincang konflik Kemboja-Thailand"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan konflik Kemboja-Thailand.<\/p>\n<p>Dalam catatan di facebooknya, Anwar berkata Malaysia berperanan bagi menggesa Thailand dan Kemboja supaya bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN.<\/p>\n<p>&#8220;Kami berbincang berkenaan konflik Kemboja-Thailand, hubungan dua hala serta isu global yang menjadi kepentingan bersama.<\/p>\n<p>&#8220;Berhubung ketegangan di sempadan Kemboja\u2013Thailand, saya menjelaskan peranan Malaysia yang menggesa kedua-dua negara agar bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia kekal bersedia membantu usaha meredakan keadaan, melindungi orang awam dan memulihkan kestabilan serantau, selaras dengan semangat kejiranan baik ASEAN.<\/p>\n<p>&#8220;Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN dalam masa terdekat bagi menilai situasi dan menyokong langkah penyaheskalasian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyampaikan penghargaan atas keterlibatan aktif Amerika Syarikat dengan ASEAN serta keyakinan yang diberikan kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.<\/p>\n<p>Pada Oktober lalu bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di bandar raya ini, Thailand dan Kemboja menamatkan pertikaian sempadan kedua-dua negara yang berlanjutan berdekad lamanya menerusi majlis menandatangani perjanjian damai dikenali &#8216;KL Peace Accord&#8217; atau Perjanjian Damai KL.<\/p>\n<p>Perjanjian bersejarah antara Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet itu disaksikan oleh Trump dan Anwar.<\/p>\n<p>Trump menzahirkan penghargaan kepada Anwar atas kejayaan beliau menjadi perantara kepada pemeteraian perjanjian damai antara Kemboja dan Thailand hari ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN akan memanggil Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar dalam masa terdekat untuk menilai situasi, menyokong langkah meredakan ketegangan serta mengukuhkan peranan kolektif negara anggota dalam memelihara keamanan serantau.<\/p>\n<p>Anwar berkata beliau berhubung melalui panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Vietnam, Pham Minh Chinh.<\/p>\n<p>Beliau berkata perbincangan bersama Perdana Menteri Vietnam itu antara lain berkisar perkembangan semasa di rantau ini serta usaha bersama untuk memastikan keamanan dan kestabilan terus terpelihara.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar turut menzahirkan komitmen Malaysia untuk memperkukuh kerjasama dua hala dengan Vietnam dalam menangani isu penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilaporkan dan tidak dikawal (IUU).-13\/12\/2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menghubungi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan konflik Kemboja-Thailand. Dalam catatan di facebooknya, Anwar berkata Malaysia berperanan bagi menggesa Thailand dan Kemboja supaya bertenang dan kembali ke meja rundingan melalui dialog serta mekanisme dua hala dan ASEAN. &#8220;Kami berbincang berkenaan konflik Kemboja-Thailand, hubungan dua hala serta isu global yang menjadi &hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15551,"comment_status":"open","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_monsterinsights_skip_tracking":false,"_monsterinsights_sitenote_active":false,"_monsterinsights_sitenote_note":"","_monsterinsights_sitenote_category":0,"footnotes":""},"categories":[101],"tags":[],"class_list":["post-15550","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-tahukah-anda"],"aioseo_notices":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15550","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcomments&post=15550"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15550\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15552,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/posts\/15550\/revisions\/15552"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=\/wp\/v2\/media\/15551"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fmedia&parent=15550"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Fcategories&post=15550"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/x-press.my\/index.php?rest_route=%2Fwp%2Fv2%2Ftags&post=15550"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}